PANDANGAN TOKOH-TOKOH TERKENAL TERHADAP NABI MUHAMMAD (S.A.W)


Bukan hanya umat Islam saja yang menganggap bahawa Nabi Muhammad SAW tidak hanya sebagai pesuruh (Allah SWT) dan sebagai penunjuk tauladan kepada seluruh umat manusia..
tapi umat bukan Islam bahkan banyak tokoh dunia mengakui akan kualiti kepemimpinannya baik agama maupun dunia… tak lekang oleh zaman… pesannya bersifat universal melampaui suku, bangsa & negara dan umatnya semakin hari semakin bertambah.








Pada tahun 1946,
REVEREND BOSWORTH-SMITH dalam 'Mohammed & Mohammedanism' menulis tentang Rasulullah SAW:


“Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja,
beliaulah 'Caesar' dan 'Pope' dalam satu;
tetapi beliau adalah 'Pope' tanpa dakyah-dakyah politik,
'Caesar' tanpa barisan tentera 'Caesar',
tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap.
Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad.
Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan.
Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya.
Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini.”



******************************************


Pada tahun 1978,
MICHAEL HART menulis dalam bukunya '100 orang paling berpengaruh dalam sejarah',
beliau memilih Rasulullah SAW sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah dan berkata:

“Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalkan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan……
Oleh kerana kebolehannya mengadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah,
maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia.”



******************************************



K.S.RAMAKRISHNA RAO,
Profesor Philosophy dalam bookletnya, "Muhammad, The Prophet of Islam":


"Keperibadian Muhammad,
hhmm sangat sulit untuk menggambarkannya dengan tepat.
Saya pun hanya mampu menangkap sekilas saja; betapa ia adalah lukisan yang indah.
Anda mampu lihat Muhammad sang Nabi,
Muhammad sang pejuang,
Muhammad sang pengusaha,
Muhammad sang negarawan,
Muhammad sang orator ulung,
Muhammad sang pembaharu,
Muhammad sang pelindung anak yatim-piatu,
Muhammad sang pelindung hamba sahaya,
Muhammad sang pembela hak wanita,
Muhammad sang hakim,
Muhamad sang pemuka agama.
Dalam setiap peranannya tadi, ia adalah seorang pahlawan.
Saat ini, 14 abad kemudian, kehidupan dan ajaran Muhammad tetap selamat,
tiada yang hilang atau berubah sedikit pun.
Ajaran yang menawarkan secercah harapan abadi tentang ubat atas segala penyakit kemanusiaan yang ada dan telah ada sejak masa hidupnya.
Ini bukanlah klaim seorang pengikutnya tapi juga sebuah simpulan tak terelakkan dari sebuah analisis sejarah yang kritis dan tidak bias."



******************************************

SIR GEORGE BERNARD SHAW ('The Genuine Islam' Vol. 1, No. 8, 1936):


"Jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris – bahkan Eropah - beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama tersebut."

"Saya sentiasa menghormati agama Muhammad kerana potensi yang dimilikinya.
Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan merubah peradaban.
Saya sudah mempelajari Muhammad,
sesosok peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristus,
dia harus dipanggil 'sang penyelamat kemanusiaan'."

"Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini,
dia akan mampu mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia:
Ramalanku, keyakinan yang dibawanya akan diterima Eropah di masa datang dan memang ia telah mulai diterima Eropah saat ini.
Dia adalah manusia teragung yang pernah menginjakkan kakinya di bumi ini.
Dia membawa sebuah agama,
mendirikan sebuah bangsa,
meletakkan dasar-dasar moral,
memulai sekian banyak gerakan pembaharuan sosial dan politik,
mendirikan sebuah masyarakat yang kuat dan dinamis untuk melaksanakan dan mewakili seluruh ajarannya,
dan ia juga telah merevolusi fikiran serta perilaku manusia untuk seluruh masa yang akan datang."

"Dia adalah Muhammad (SAW).
Dia lahir di Arab tahun 570 masehi, memulai misi mengajarkan agama kebenaran,
Islam (penyerahan diri pada Tuhan) pada usia 40 dan meninggalkan dunia ini pada usia 63.
Sepanjang masa kenabiannya yang pendek (23 tahun) dia telah merubah Jazirah Arab dari paganisme dan pemuja makhluk menjadi para penyembah Tuhan yang Esa,
dari peperangan dan perpecahan antara suku menjadi bangsa yang bersatu,
dari kaum pemabuk dan pengacau menjadi kaum pemikir dan penyabar,
dari kaum tak berhukum dan anarkis menjadi kaum yang teratur,
dari keburukan ke keagungan moral.
Sejarah manusia tidak pernah mengenal tranformasi sebuah masyarakat atau tempat sedahsyat ini –
dan bayangkan ini terjadi dalam kurun waktu hanya sedikit di atas DUA DEKAD."



******************************************

PROF. (SNOUCK) HURGRONJE :


Liga bangsa-bangsa yang didirikan Nabi umat Islam telah meletakkan dasar-dasar persatuan internasional dan persaudaraan manusia di atas asas yang universal yang menerangi bagi bangsa lain.
Buktinya, sampai ketika ini tiada satu bangsa pun di dunia yang mampu menyamai Islam dalam pencapaiannya mewujudkan idea persatuan bangsa-bangsa.
Dunia telah banyak mengenal konsep ketuhanan,
telah banyak individu yang hidup dan misinya lenyap menjadi legenda.
Sejarah menunjukkan tiada satu pun legenda ini yang menyamai bahkan sebahagian dari apa yang Muhammad capai.
Seluruh jiwa raganya ia curahkan untuk satu tujuan: menyatukan manusia dalam pengabdian kepada Tuhan dalam aturan-aturan ketinggian moral.
Muhammad atau pengikutnya tidak pernah dalam sejarah menyatakan bahawa ia adalah putera Tuhan atau reinkarnasi Tuhan atau seorang jelmaan Tuhan –
dia selalu sejak dahulu sampai saat ini menganggap dirinya dan dianggap oleh pengikutnya hanyalah sebagai seorang pesuruh yang dipilih Tuhan.



******************************************


THOMAS CARLYLE dalam 'Heroes and Heroworship':

"(Betapa menakjubkan) seorang manusia sendirian dapat mengubah suku-suku yang saling berperang dan kaum nomad (Badwi) menjadi sebuah bangsa yang paling maju dan paling berperadaban hanya dalam waktu kurang dari dua dekad."

"Kebohongan yang dipropagandakan kaum Barat yang diselimutkan kepada orang ini (Muhammad) hanyalah memalukan diri kita sendiri."

"Sesosok jiwa besar yang tenang, seorang yang mahu tidak mahu dijunjung tinggi.
Dia diciptakan untuk menerangi dunia, begitulah perintah Sang Pencipta Dunia."



****************************************** ************


JAMES A.MICHENER:
"Islam: The Misunderstood Religion," in READER'S DIGEST (American edition), May 1955, pp. 68-70:

"Muhammad, seorang inspirator yang mendirikan Islam,
dilahirkan pada tahun 570 masehi dalam masyarakat Arab penyembah berhala.
Yatim semenjak kecil dia secara khusus memberikan perhatian kepada fakir miskin, yatim piatu dan janda, serta hamba sahaya dan kaum lemah.
Di usia 20 tahun, dia sudah menjadi seorang pengusaha yang berjaya,
dan menjadi pengelola perniagaan seorang janda kaya.
Ketika mencapai usia 25, si majikan melamarnya.
Meskipun usia perempuan tersebut 15 tahun lebih tua Muhammad menikahinya dan tetap setia kepadanya sepanjang hayat si isteri."

"Seperti halnya para nabi lain,
Muhammad memulai tugas kenabiannya dengan sembunyi-sembunyi dan ragu-ragu kerana menyedari kelemahannya.
Tapi "Baca" adalah perintah yang diperolehnya, dan meskipun sampai saat ini diyakini bahawa Muhammad tidak mampu membaca dan menulis dan keluarlah dari mulutnya satu kalimat yang akan segera mengubah dunia: "Tiada tuhan selain Tuhan."

"Dalam setiap hal, Muhammad adalah seorang yang mendepankan akal.
Ketika puteranya, Ibrahim, meninggal disertai gerhana dan menimbulkan anggapan umatnya bahawa hal tersebut adalah wujud rasa belasungkawa Tuhan kepadanya,
Muhammad berkata: "Gerhana adalah sebuah kejadian alam biasa, adalah suatu kebodohan mengkaitkannya dengan kematian atau kelahiran seorang manusia."

"Sesaat setelah ia meninggal, sebagian pengikutnya hendak memujanya sebagaimana Tuhan dipuja,
akan tetapi penerus kepemimpinannya (Abu Bakar) menepis keinginan umatnya itu dengan salah satu pidato terindah sepanjang masa:
"Jika ada di antara kalian yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah bahawa ia telah meninggal.
Tapi jika Tuhan-lah yang hendak kalian sembah, ketahuilah bahawa Ia hidup selamanya".
(Ayat terkait: Q.S. Al Imran, 144)


******************************************


PROFESOR JULES MASSERMAN:

"Pasteur dan Salk adalah pemimpin dalam satu hal (intelektual).
Gandhi dan Konfusius pada hal lain serta Alexander,
Caesar dan Hitler mungkin pemimpin pada kategori kedua dan ketiga (agama dan tentera).
Jesus dan Buddha mungkin hanya pada kategori kedua.
Mungkin pemimpin terbesar sepanjang masa adalah Muhammad,
yang berjaya pada ketiga-tiga kategori tersebut.
Dalam skala yang lebih kecil, Musa melakukan hal yang sama."


******************************************


SAROJINI NAIDU,
penyair terkenal India
(S. Naidu, IDEALS OF ISLAM, vide Speeches & Writings, Madras, 1918, p. 169):



“Inilah agama pertama yang mengajarkan dan mempraktikkan demokrasi.
Di setiap masjid, ketika azan berkumandang dan jemaah telah berkumpul,
demokrasi dalam Islam terwujud lima kali sehari ketika seorang hamba dan seorang raja berlutut berdampingan dan mengakui: Allah Maha Besar.
Saya terpukau lagi dan lagi oleh kebersamaan Islam yang secara naluri membuat manusia menjadi bersaudara.”



******************************************


Seorang sasterawan dunia, LEV TOLSTEWI,
yang karya sasteranya dianggap sebagai sastera yang paling bernilai tercatat dalam peninggalan kemanusiaan.
Dia mengatakan,
“Cukuplah Muhammad sebagai kebanggaan kerana dia telah membebaskan umat hina yang haus darah dari cakar-cakar syaitan tradisi yang tercela.
Membuka di depan muka mereka jalan yang tinggi dan maju.
Bahawa syariat Muhammad akan menguasai dunia kerana kesesuaiannya dengan akal dan kebijaksanaan.


******************************************


ANNIE BESANT,
THE LIFE AND TEACHINGS OF MUHAMMAD, Madras, 1932, p. 4.

“Sangat mustahil bagi seseorang yang mempelajari karakter Nabi Bangsa Arab, yang mengetahui bagaimana ajarannya dan bagaimana hidupnya untuk merasakan selain hormat terhadap beliau, salah satu utusanNya. Dan meskipun dalam semua yang saya gambarkan banyak hal-hal yang terasa biasa, namun setiap kali saya membaca ulang kisah-kisahnya, setiap kali pula saya merasakan kekaguman dan penghormatan kepada Guru Bangsa Arab tersebut.”


******************************************



VAN GOETHE,
penyair Jerman terkemuka abad-18 menyatakan,

“Sesungguhnya kita warga Eropah dengan seluruh pemahaman kita,
belum sampai kepada apa yang telah dicapai Muhammad.
Dan tidak akan ada yang melebihi dirinya.
Saya telah mengkaji dalam sejarah tentang keteladanan yang tinggi untuk umat manusia ini.
Dan saya temukan itu pada Nabi Muhammad.
Demikianlah seharusnya kebenaran itu menang dan tinggi,
sebagaimana Muhammad telah sukses menundukkan dunia dengan kalimat tauhid.”


******************************************


MAHATMA GHANDI
(Komen mengenai karakter Nabi Muhammad SAW di YOUNG INDIA ):


“Pernah saya tertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia.
Saya lebih dari yakin bahawa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya.
Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, keberhati-hatian Muhammad;
serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya.
Semua ini (dan bukan pedang ) menyingkirkan segala halangan.
Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad),
saya sedih kerana tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.”

"Seseorang telah mengatakan bahawa orang Eropah di Afrika Selatan cemas oleh kedatangan Islam.
Islam yang memberikan peradaban kepada Sepanyol,
Islam yang membawa cahaya obor kepada Maroko dan mengabarkan kepada dunia ajaran-ajaran persaudaraan.
Orang-orang Eropah di Afrika Selatan takut atas kedatangan Islam,
kerana orang-orang Islam menuntut persamaan dengan ras kulit putih,
orang-orang Eropah boleh takut,
apabila persaudaraan adalah dosa dan persamaan kulit adalah suatu kesalahan.
Jika memang demikian, maka ketakutan mereka memang beralasan."


******************************************


CHARLES FRANCIS POTTER,
The Faiths Mens Live By, Kingswood, Surry 1955 hal 81

"Kitab yang paling banyak dibaca daripada kitab lainnya didunia,
Bibel agama Kristen mungkin saja best seller book didunia,
tetapi hampir 250 juta pengikut Nabi Muhammad membaca atau menghafal bahagian-bahagian yang panjang dari Al Quran lima kali sehari,
setiap hari dari kehidupan mereka, sejak saat mereka dapat berbicara."


******************************************


DE LACY O'LEARY, Islam at the Crossroads, London 1923 hal.8
"Sejarah membuatnya jelas,
bahawa lagenda tentang orang-orang muslim fanatik yang menyebar keseluruh dunia dan memaksakan Islam dengan ujung pedang terhadap bangsa-bangsa yang ditaklukkan adalah salah satu dongeng mustahil dan paling spektakuler yang pernah diceritakan oleh sejarawan."



******************************************


JOHN WILLIAM DRAPER,
M.D., L.L.D., A History of the Intellectual Development of Europe, London 1875, Vol.1, pp.329-330


Empat tahun setelah kematian Justinian, pada 569 AD,
telah lahir di Mekkah Arabia seorang manusia yang sangat besar pengaruhnya terhadap ummat manusia


******************************************


JOHN AUSTIN,
“Muhammad the Prophet of Allah,” in T.P.. ’s and Cassel ’s Weekly for 24th September 1927 .

Dalam kurun waktu hanya sedikit lebih dari satu tahun,
ia telah menjadi pemimpin di Madinah.
Kedua tangannya memegang sebuah tuas yang siap menggoncang dunia.


******************************************


W.MONTGOMERY WATT,
MOHAMMAD AT MECCA , Oxford , 1953, p. 52.


Tabahnya menempuh tentangan atas keyakinannya,
ketinggian moral para pengikutnya,
serta pencapaiannya yang luar biasa semuanya menunjukkan integritinya.
Mengira Muhammad sebagai seorang penipu hanyalah memberikan masalah dan bukan jawapan. Lebih dari itu, tiada gambaran hebat yang digambarkan begitu buruk di Barat selain Muhammad


******************************************


LAMAR TINE,
HISTOIRE DE LA TURQUIE, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277


“Dunia telah menyaksikan banyak peribadi-peribadi agung. Namun,
dari orang orang tersebut adalah orang yang sukses pada satu atau dua bidang saja misalnya agama atau ketenteraan. Hidup dan ajaran orang-orang ini seringkali diselimuti kabut waktu dan zaman. Begitu banyak spekulasi tentang waktu dan tempat lahir mereka, cara dan gaya hidup mereka, sifat dan detail ajaran mereka, serta tingkat dan ukuran kesuksesan mereka sehingga sulit bagi manusia untuk mencontohi ajaran dan hidup tokoh-tokoh ini.

Tidak demikian dengan orang ini.
Muhammad (SAW) telah begitu tinggi menggapai dalam berbagai bidang fikir dan perilaku manusia dalam sebuah episod cemerlang sejarah manusia.
Setiap detik dari kehidupan peribadi dan ucapan-ucapannya telah secara tepat didokumentasikan dan dijaga dengan teliti sampai saat ini.
Keaslian ajarannya begitu terjaga, tidak saja oleh kerana pembawaan yang dilakukan para pengikut setianya tapi juga oleh para penentangnya. Muhammad adalah seorang agamawan, reformis sosial, teladan moral, administrator massa, sahabat setia, teman yang menyenangkan, suami yang penuh kasih dan seorang ayah yang penyayang – semua menjadi satu.
Tiada lagi manusia dalam sejarah melebihi atau bahkan menyamainya dalam setiap aspek kehidupan tersebut – hanya dengan keperibadian seperti dialah keagungan seperti ini dapat diraih.”




8 Lies Of A Mother

Lies Of A Mother 




This story begins when I was a child: I was born poor. Often we hadn’t enough to eat. Whenever we had some food, Mother often gave me her portion of rice. While she was transferring her rice into my bowl, she would say “Eat this rice, son! I’m not hungry.”


This was Mother’s First Lie.


As I grew, Mother gave up her spare time to fish in a river near our house; she hoped that from the fish she caught, she could give me a little bit more nutritious food for my growth. Once she had caught just two fish, she would make fish soup. While I was eating the soup, mother would sit beside me and eat the what was still left on the bone of the fish I had eaten, My heart was touched when I saw it. Once I gave the other fish to her on my chopstick but she immediately refused it and said, “Eat this fish, son! I don’t really like fish.”


This was Mother’s Second Lie.


Then, in order to fund my education, Mother went to a Match Factory to bring home some used matchboxes, which she filled with fresh matchsticks. This helped her get some money to cover our needs. One wintry night I awoke to find Mother filling the matchboxes by candlelight. So I said, “Mother, go to sleep; it’s late: you can continue working tomorrow morning.” Mother smiled and said “Go to sleep, son! I’m not tired.”


This was Mother’s Third Lie.


When I had to sit my Final Examination, Mother accompanied me. After dawn, Mother waited for me for hours in the heat of the sun. When the bell rang, I ran to meet her.. Mother embraced me and poured me a glass of tea that she had prepared in a thermos. The tea was not as strong as my Mother’s love, Seeing Mother covered with perspiration, I at once gave her my glass and asked her to drink too. Mother said “Drink, son! I’m not thirsty!”.


This was Mother’s Fourth Lie.


After Father’s death, Mother had to play the role of a single parent. She held on to her former job; she had to fund our needs alone. Our family’s life was more complicated. We suffered from starvation. Seeing our family’s condition worsening, my kind Uncle who lived near my house came to help us solve our problems big and small. Our other neighbors saw that we were poverty stricken so they often advised my mother to marry again. But Mother refused to remarry saying “I don’t need love.”


This was Mother’s Fifth Lie.


After I had finished my studies and gotten a job, it was time for my old Mother to retire but she carried on going to the market every morning just to sell a few vegetables. I kept sending her money but she was steadfast and even sent the money back to me. She said, “I have enough money.”


That was Mother’s Sixth Lie.


I continued my part-time studies for my Master’s Degree. Funded by the American Corporation for which I worked, I succeeded in my studies. With a big jump in my salary, I decided to bring Mother to enjoy life in America but Mother didn’t want to bother her son; she said to me “I’m not used to high living.”


That was Mother’s Seventh Lie.


In her dotage, Mother was attacked by cancer and had to be hospitalized. Now living far across the ocean, I went home to visit Mother who was bedridden after an operation. Mother tried to smile but I was heartbroken because she was so thin and feeble but Mother said, “Don’t cry, son! I’m not in pain.”


That was Mother’s Eighth Lie.


Telling me this, her eighth lie, she died. YES, MOTHER WAS AN ANGEL! 

Imaan

ALQAMAH TIDAK DAPAT MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH KERANA MENYAKITI HATI IBUNYA


Pada suatu hari, isteri Alqamah datang menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengkhabarkan perihal suaminya yang sakit tenat.
Mendengar laporan itu, baginda pun bertanya:
"Bagaimanakah keadaannya?"

Jawab isteri Alqamah:
"Sungguh membimbangkan, ya Rasulullah."

Lalu baginda pun mengutus Aromar, Bilal dan Shuhaib meninjau keadaan Alqamah yang jatuh sakit itu.
Setelah mereka sampai di rumah Alqamah, Bilal mendekati Alqamah dan mengajarnya membaca kalimah tauhid. Berkali-kali Bilal mengajarnya namun lidah Alqamah seakan-akan terkunci.

Tiada sepatah kata pun yang dapat keluar dari mulutnya.
Bilal hairan melihat kejadian yang menimpa sahabatnya itu.
Lalu  beliau pun pulang berjumpa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan menceritakan peristiwa tersebut.

Mengetahui keadaan itu, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam segera datang melihat Alqamah.
Setelah diketahui sendiri keadaan sahabatnya,
baginda bertanya kepada isteri Alqamah:
"Masih hidup lagikah kedua ibu bapanya?"

Isteri Alqamah menjawab:
"Ya, tetapi hanya tinggal ibunya yang sangat tua."

Rasul bertanya:
"Di mana ia sekarang?"

Isteri Alqamah berkata:
"Dia berada di rumahnya, jauh dari sini. "

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam terpaksa pergi ke rumah ibu Alqamah untuk mengkhabarkan keadaan anaknya yang sedang sakit.
Setelah berbincang agak lama, barulah baginda tahu bahawa Alqamah mempunyai kesalahan terhadap ibunya.
Maka baginda meminta agar ibu itu memaafkan segala kesalahan anaknya.

Ibu Alqamah menjawab:
"Ya Rasulullah, bagaimana aku harus memaafkan anakku itu jika ia selalu menyakiti hatiku kerana cintanya kepada isterinya?"

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata:
"Jika demikian halnya, maka Alqamah akan kami bakar agar ia cepat mati.

"Kemudian, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada Bilal:
"Hai Bilal, kumpulkanlah kayu api!"

Ibu Alqamah terperanjat mendengar perintah tersebut,
lalu ia pun segera menghadap Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata:
"Ya Rasulullah, janganlah engkau bakar buah hatiku itu kerana aku maafkan segala kesalahan anakku.”

Mendengar jawapan ibu Alqamah tersebut,
baginda kembali menemui Alqamah untuk mengajarnya membaca kalimah tauhid.
Kini keadaan Alqamah telah  berubah,
lidahnya tidak terkunci lagi dan ia dapat mengucapkan kalimah tersebut dengan lancar dan jelas.

Peristiwa di atas merupakan iktibar bagi kita semua bahawa ibu bapa wajib dihormati dan dimuliakan.
Janganlah kerana sesuatu hal, maka seseorang itu terus melupakan ibu bapanya,
apatah lagi sehingga menderhakainya.

Benarlah sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:
"Reda Allah ada di dalam reda kedua ibu bapa, dan kemurkaanNya ada di dalam kemurkaan keduanya "
(Riwayat Thabarani dan Ibnu Umar)

Dari Abu Bakar Radhiallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
"Mahukah aku khabarkan kepada kamu dosa yang paling besar?"
Para sahabat berkata.. "Bahkan, ya Rasulullah "
Baginda bersabda: "Mempersekutukan Allah dan menderhakai kedua ibu bapa"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berjuang menegakkan agama Allah adalah suatu kewajipan bagi setiap umat Islam.
Tetapi sekiranya ada seseorang yang ingin berjuang, namun niat itu terhalang kerana tugasnya setiap hari menjaga dan memelihara kedua ibu bapanya, maka tugasnya itu dikira sama dengan berjuang di jalan Allah.
Pernah berlaku, ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.
Kedatangan lelaki tersebut adalah bertujuan mendaftarkan diri untuk berjihad.
Tetapi setelah ia mengemukakan maksudnya, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepadanya:
"Apakah kamu masih mempunyai ibu bapa? "

Dia menjawab:
"Benar, ya Rasulullah Bahkan keduanya masih hidup. "

Nabi bertanya:
"Adakah kamu mengharap pahala dari Allah? "

Dia menjawab:
"Ya "

Kemudian baginda bersabda:
"Kembalilah kepada kedua ibu bapamu, dan perbaikilah layananmu terhadap keduanya "

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Di dalam kitab Tanbih al-Ghafilin disebutkan bahawa terdapat sepuluh tugas yang mesti dilaksanakan oleh anak kepada ibu bapanya, iaitu:

1. Memberinya makan bila diperlukan.

2. Memberi layanan yang baik.

3. Menyahut panggilannya.

4. Mentaati semua perintahnya, kecuali perintah maksiat.

5. Berbicara dengan sopan dan lemah lembut.

6. Memberi pakaian bila mereka memerlukannya.

7.Berjalan di belakangnya, tidak boleh mendahului.

8.Berusaha mendapatkan keredaan mereka dengan sesuatu yang disukai mereka.

9.Menjauhkan sesuatu yang tidak disukai mereka.

10.Mendoakan keduanya agar mendapat keampunan setiap kali ia berdoa untuk dirinya.

Sebagai anak yang soleh, maka tugas-tugas berbakti kepada ibu bapa merupakan tugas utama sebelum tugas-tugas duniawi lainnya dilaksanakan.
Demikianlah tuntutan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana pernah baginda melaksanakan dalam  kehidupannya.



 Classic Berbisik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...