Plants are very smart creatures!!

One of the new discoveries in plants world reveals the ability in plants to defend themselves against insects or danger… let us read ….



Some atheists doubt Allah’s almighty saying: “And there is not a thing but glorifies His praise. But you understand not their glorification” [Al-Isra: 44]. How can a creature, such as plant, speaks and glorifies Allah’s almighty praise? That’s why Allah (SWT) directed western scientists to study plants for long time, and the results were astonishing!

1- Plants produce acoustics sounds: this is a new result the scientists have discovered. They proved that the DNA inside each cell vibrates and produces sounds that we don’t understand, but it can be measured and recorded via accurate devices. This sound could represent glorification to Allah almighty… we hear, but we don’t understand or comprehend: “But you understand not their glorification”.

2- Plants have “brain” and “nervous system” that are used to protect them! When germen scientists observed plants, they have found that tobacco plant releases toxic nicotine when insects start eating its leaves and force them to and escape!

Scientists have recently discovered that plants release toxic products or vicious smells to remove danger away when insects come to eat their leaves. Scientists are confused about the source of information the plants obtain, and their ability to produce toxic products. They are, with no doubt, smart creatures not object as we used to think!


3- In other plants, scientists performed experiments by allowing insects to have access to eat plants leaves. The results were astonishing and unpredictable! These plants produced an aroma product which attracted bigger insects! Why the plant does produce the scent product while in defending situation?

The amazing thing is that, through this smell, bigger insects recognize the presence of smaller insects, so they come and eat them and protect the plants from them… we don’t have to say except: glory to Allah!

Plant produces an aroma product that attracts bigger insects such as ants. Ants recognize through this smell that there is a good meal on the surface of this leaf. Ant, then, quickly approaches the small insect, attacks it, and eats it. Hence, it protects the plants from the small insect... look at this amazing method to protect the self! Shouldn’t we glory the almighty creator?

The question continues: who did teach the plants and guided them to defend themselves? Who did supply them with these methods and abilities? They know what to do, how to defend themselves, and they know what type of products they should produce that is appropriate with the danger they face…. All these accurate techniques, how did the plants learn them, and who created these capabilities? With no doubt, Allah (SWT) who said: “He Who gave to each thing its form and nature, then guided it aright” [Ta-Ha: 50].

Now, after knowing these great capabilities and the intelligence the plants have, do we still wonder why plants glory praising their God and thanking Him for his supplies regarding the methods to defend themselves? He Who Supplied them with reasons for sustenance.



Astrophysics in the Glorious Quran

10 PINTU SYAITAN ROSAKKAN MANUSIA


Organ dalam tubuh yang paling penting bagi manusia ialah hati yang akan menerima apa saja petunjuk Allah. Hati juga mudah menerima apa jua hasutan nafsu yang dibisikkan syaitan. Malaikat dan syaitan sentiasa beradu tenaga untuk menguasai hati manusia.
Seorang ulama pernah berkata, “Saya sentiasa berfikir dan memerhati dari pintu mana syaitan menghasut dan menyesatkan manusia. Tiba-tiba saya dapati syaitan dating dari 10 pintu.”

PINTU 1-Melalui sifat sombong dan angkuh.
Firman Allah “ Jangan engkau mengiringkan pipimu kea rah manusia kerana kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan riang kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang suka berlenggang ketika berjalan kerana sombong dan bermegah-megah.” (Lukman:18)



PINTU 2-Melalui sifat kedekut dan bakhil.
Firman Allah “Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan).” (al-Israk:30).

PINTU 3-Melalui sifat takbur yang hadir dalam diri seseorang.
Firman Allah “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (an-Nahl:23).

PINTU 4-Melalui sifat riak dan suka dipuji
Rasulullah pernah bersabda “Tiga perkara yang membawa kecelakaan ialah orang yang kikir dan disegani, orang yang mengikut hawa nafsu dan bangga dengan diri sendiri.”

PINTU 5-Melalui sifat hasad dengki dan iri akan kelebihan orang lain.
Rasulullah bersabda “Hindarilah kamu perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu yang kering.”



PINTU 6 -Melalui sifat suka memandang rendah dan remeh kepada orang lain.
Abu Umamah pernah meriwayatkan “Tiga orang yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu dan imam yang adil.”

PINTU 7-Melalui sifat bangga diri atau ujub
Allah berfirman “Janganlah engkau mengikut orang yang hatinya kami lalaikan (butakan) daripada peringatan kami sedang dia mengikut kemahuan hawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut.” (al-Kahfi:28).

PINTU 8- Melalui sifat berersenang-lenang
Menurut Imam Ahmad yang diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Muaz bin Jabal “Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-lenang sahaja.”

PINTU 9-Melalui sifat suka berangan-angan dan pemalas
Sabda Rasulullah “ Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat sebaik-baiknya.”(Riwayat Ahmad).

PINTU 10-Melalui sifat suka berburuk sangka.
Rasulullah bersabda “Nanti akan ada orang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yang berkata itulah,yang paling rosak.”(Riwayat Muslim).


Sepuluh sifat itu sebenarnya sinonim dengan manusia dan ada dalam diri setiap kita. Sifat-sifat itu andai tidak dikawal dan dijaga akan menjadi senjata yang bakal makan tuan. Syaitan pula sentiasa mengintai peluang untuk merosakkan manusia dengan memanipulasi sifat yang sedia ada dalam diri mereka itu.
Disebabkan itu, kita dianjurkan berdoa dengan menyebut “Ya Tuhanku, jangan Kau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan selepas Kau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakan kami rahmat di sisi-Mu kerana sesungguhnya Kaulah Maha Pemberi.” (Al-Imran:8)
“Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat.”


Apa yang kita fikir dengan dua perkataan ini,.???
Menjadi-sebaik-baik hamba & khalifah,
Bukan semudah memetik 2 jari,itupun belum pasti bisa berbunyi,
Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan.

Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri
menjadi sebaik-baik hamba Tuhan,
Teruskanlah melangkah meski dalam kepayahan.
Kita kan Khalifah,mengapa mesti diuji dengan perkara yg mudah,
Sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah.
Lalu,haruskah mengalah pd takdir yg sering menghadiahi kita
Dengan kesukaran yg membuatkan kita terduduk menangis hiba?
Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang !


Wahai Mujahid dan Mujahidah islam,
ketahuilah bahawa setiap namanya perjuangan tiada istilah kesenangan.
Pujuklah hati wahai para pejuang untuk bangkit dan mara kehadapan untuk
membantu insan yang dalam kealpaan dan kelalaian.
Engkau merupakan tunggak harapan untuk membawa Nur Islam di persada dunia.
Tatkala dirimu merasa lemah, Ingatlah Allah dalam hatimu.
Pujuklah hatimu dengan kalam Allah,dan ingatlah akan janji-janjiNya.
JanjiNya itu PASTI!!!.tiada yang perlu diragui.
Tetaplah kita teguh berdiri di jalanNya untuk menggapai redha Illahi.


# semoga sebelum diri pergi meninggalkan dunia ini,ada saham yang kita tinggalkan untuk islam.In Shaa Allah,..

Jaga KUALITI SOLAT,MANTAPKAN AKIDAH,& BERILMU ,kerana itulah perkara paling penting sebagai seoarang hamba & Khalifah.. ~ HIDUP BIAR BERJASA,DAN IKHLAS KERANA ALLAH,~ ^_^




MEMULIAKAN WANITA ADALAH TANDA KEMULIAAN SEORANG LELAKI



1. 
Perintah Allah supaya menggauli isteri dengan baik dan sabar dengan karenah isteri.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu semua dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. 
Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, 
janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);
kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,
sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”
(Surah Al-Nisa’:19)

2.
Wasiat Rasulullah s.a.w supaya menggauli isteri dengan baik.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu semua supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.
Sesungguhnya kamu semua mengambil mereka dengan amanah Allah dan kamu semua menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah.”
(Riwayat Al-Tirmidzi)

3.
Berbuat baik kepada isteri lambang kesempurnaan iman.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya.”
(Riwayat Abu Daud)

4.
Lelaki yang paling baik ialah lelaki yang berbuat baik kepada isteri.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib bermaksud:

“Rasulullah s.a.w bersabda:
Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,
dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.
Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,
kecuali dia seorang yang mulia.
Tidak ada yang menghina wanita,
kecuali orang yang rendah pekertinya.”
(Riwayat Abu Daud).

5.
Larangan menyakiti isteri
Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya,
“Aku tidak tahan melihat lelaki yang mudah memukul isterinya. Tidakkah malu orang yang memukul isterinya seperti memukul budak, dipukul pada siang hari dan digaulinya (setubuhinya) pada malam hari?”

Baginda Rasulullah s.a.w sangat MARAH tatkala melihat seorang suami memukul isterinya.
Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
“Isteriku sangat keras kepala.
Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”

“Aku tidak bertanya alasanmu,
aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
Sahut Rasulullah s.a.w.

Dan juga Rasulullah s.a.w bersabda,
“Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya.”
(Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan al-Nasai)

Nabi menegah memukul isteri sesuka hati.
Baginda menyandarkan mereka kepada Allah dengan panggilan “hamba-hamba Allah di kalangan wanita”,
sebagai gesaan supaya kita patuh kepada Allah s.w.t dan berwaspada daripada melampaui batas.

Nabi s.a.w bersabda:

عَنْ إِيَاسِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي ذُبَابٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاً تَضْرِبُوا إِمَاءَ اللَّهِ

Maksudnya:
Daripada Iyas ibn ‘Abdillah ibn Abi Zubab berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kamu memukul hamba-hamba Allah di kalangan wanita.”

Rasulullah s.a.w. memarahi Al-Walid bin ‘Uqbah kerana memukul isterinya, sehingga Baginda berdoa:

اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ ، اللَّهُمَّ عَلَيْكَ الْوَلِيدَ
Maksudnya:
Ya Allah,
terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut dihukum pada Al-Walid!
Ya Allah terserahlah kepada-Mu dengan apa yang patut dihukum pada Al-Walid!.
(Hadis riwayat Al-Tabrani di dalam Tahzib Al-Athar dan Imam Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...