MENJAWAB SYIAH



Rasullulah s.a.w tersenyum kagum ketika Abu Bakar r.a dicela?? 

Salah satu kesalahan fatal syiah imamiyah adalah menukil teks hadith-hadith sunnah di luar konteks dan difahami dengan cara yang salah

InsyaAllah, dalam artikel yang ringkas ini akan dijelaskan isu yang dimaksudkan

Abu Bakar dicaci dalam Musnad Ahmad?

Web syiah menyebutkan berikut

" Khalifah Abu Bakar telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAWA. Tetapi Nabi SAWA tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula, Ahmad bin Hanbal meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mencaci Abu Bakar dan Nabi SAWA sedang duduk, maka Nabi SAWA kagum dan tersenyum.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm.436]"

Syiah ingin tonjolkan bahawa Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam senyum dan kagum dengan tindakan pencela Abu Bakar r.a

Teks dalam Musnah Ahmad tidak dipaparkan, sebaliknya dinukil dengan tidak amanah dan diberikan kefahaman sendiri yang batil 

Bahkan mereka memasukkan nukilan batil di atas sebagai salah satu ijitihad Abu Bakar r.a yang salah???

Teks penuh Musnad Ahmad

Berikut dipaparkan teks penuh dari Musnad Ahmad

9624 - حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنِ ابْنِ عَجْلَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَجُلًا شَتَمَ أَبَا بَكْرٍ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ، فَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْجَبُ وَيَتَبَسَّمُ، فَلَمَّا أَكْثَرَ رَدَّ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ، فَغَضِبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَامَ، فَلَحِقَهُ أَبُو بَكْرٍ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ كَانَ يَشْتُمُنِي وَأَنْتَ جَالِسٌ، فَلَمَّا رَدَدْتُ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ، غَضِبْتَ وَقُمْتَ، قَالَ: " إِنَّهُ كَانَ مَعَكَ مَلَكٌ يَرُدُّ عَنْكَ، فَلَمَّا رَدَدْتَ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ، وَقَعَ الشَّيْطَانُ، فَلَمْ أَكُنْ لِأَقْعُدَ مَعَ الشَّيْطَانِ "ثُمَّ قَالَ: " يَا أَبَا بَكْرٍ ثَلَاثٌ كُلُّهُنَّ حَقٌّ: مَا مِنْ عَبْدٍ ظُلِمَ بِمَظْلَمَةٍ فَيُغْضِي عَنْهَا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، إِلَّا أَعَزَّ اللهُ بِهَا نَصْرَهُ، وَمَا فَتَحَ رَجُلٌ بَابَ عَطِيَّةٍ، يُرِيدُ بِهَا صِلَةً، إِلَّا زَادَهُ اللهُ بِهَا كَثْرَةً، وَمَا فَتَحَ رَجُلٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ، يُرِيدُ بِهَا كَثْرَةً، إِلَّا زَادَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا قِلَّةً

Terjemahan: Diceritakan kepada kami Yahya dari Ibnu Ajlan, katanya: diceritakan kepada kami Sa’id bin Abi Sa’id dari Abu Huraira, ‘Ada seorang laki-laki yang mencaci Abu Bakar dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang duduk, maka beliau hairan dan tersenyum. Ketika Abu Bakar membantahnya, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadi marah dan berdiri. Abu Bakar mengikutinya kemudian berkata, “Wahai Rasulallah, dia mencaci diriku dan anda duduk, tapi ketika aku membantah beberapa perkataannya anda marah dan berdiri”. 

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Sesungguhnya ada bersamamu malaikat yang membantahnya. Tapi, ketika engkau membantah sebahagaian perkataannya, ada syaithan yang datang, dan tidaklah aku mahu duduk bersama syaitan.”

Kemudian baginda berkata, ‘Ada tiga perkara yang menjadi hak seorang hamba, tidaklah seorang hamba yang terzalimi dengan satu kezaliman lalu dia serahkan kesemuanya kepada Allah kecuali ia akan berikan pertolongan, tidak seseorang yang membuka pintu kedermawanannya yang dengannya ia dapat menyambung hubungan silaturrahim kecuali Allah akan limpahkan hartanya untuknya, dan tidaklah seseorang membuka pintu permintaan dengannya ia berharap untuk mendapat limpahan harta kecuali Allah ‘azza wajjala akan jadikan ia kekurangan 

Rujukan: Musnad Ahmad, Musnad Abu Hurairah radiyyAllahu a’nhu, 15/390. hadith no 9624

Syeikh Syu’aib al-Arnauth, pentahqiq kitab Musnad Ahmad telah menilai hadith di atas sebagai Hasan lighairihi.

Beliau juga menyatakan hadith ini telah diriwayatkan al-Qudai’ dalam Musnad Shihab (820), al-Baihaqi dalam sunannya 10/236, kitab Adab (149/150), Syuabul Iman (6669) Abu Daud (4896/7), al-Baghawi (3586) dan al-Bukhari dalam tarikhnya (2/102), 

Kita tidak akan membahaskan status sanad periwayatan hadith ini walaupun dalam statusnya masih boleh dipertikaikan

InsyaAllah, kita akan menjawab kaedah penghujahan syiah yang batil berkenaan teks hadith ini

Maksud senyum dan kagum

Analisis minda yang bersih dan terang menjelaskan kekaguman dan senyumnya Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam adalah kerana tindakan Abu Bakar r.a.

Abu bakar r.a pada awalnya telah mendiamkan diri dari menjawab celaan lelaki itu

Sebab itulah dalam nasihat baginda, perkara pertama yang diucapkan adalah nasihat supaya bersabar dengan kezaliman

“tidaklah seorang hamba yang terzalimi dengan satu kezaliman lalu dia serahkan kesemuanya kepada Allah kecuali ia akan berikan pertolongan”

Dalam konteks ini, lelaki tersebut telah mencela Abu Bakar r.a, dan dia pada awalnya tidak bertindak balas sehingga Rasulullah tersenyum dan kagum dengan tindakannya. Ini ditambah pula dengan kehadiran malaikat disisi Abu Bakar r.a

“Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Sesungguhnya ada bersamamu malaikat yang membantahnya”

Namun apabila Abu Bakar r.a mula menjawab lelaki tersebut, ketika itulah baginda marah dan lantas pergi.

Ini sebagai nasihat kepada Abu Bakar r.a secara khusus dan kepada kita secara umumnya

Ternyata hadith ini jika ia sahih, ia bukan seperti apa yang disebutkan oleh web-web syiah

Kita nasihatkan agar web-web syiah amanah dalam menukil dan menganalisa teks hadith dengan benar

Ulasan tambahan dan kesimpulan

Hadith ini masih memerlukan syarahan lengkap akan bagaimana sikap kita apabila dicaci dan apakah haram mutlak jika kita membalas cacian tersebut. Namun itu bukanlah fokus utama artikel ini. 

Fokus artikel ringkas ini adalah untuk membongkar tindakan tidak amanah web-web syiah yang menukil riwayat Musnad Ahmad, kemudiannya memahaminya dengan cara yang amat dangkal

Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w kagum dan tersenyum dengan tindakan pencela sedangkan baginda sendiri mengharamkan perbuatan mencela sahabah???

WaAllahu a’alam

http://titian-sebenar.blogspot.com/2012/08/rasullulah-tersenyum-kagum-ketika-abu.html#more

SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?

Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:

“فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم” أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060)

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).



Kata Ibnu Abbas pula:

“مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)”. رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).

“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).

Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub).

Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :

((وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى (31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ …))

Maksudnya: ((Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya…))

Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:

أَنَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).

Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku). Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).

Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.


Siti Hajar Awang Hassan

Perlukah Agama ?




Semua benda angkasa beredar dan bergerak pada orbitnya masing-masing menurut undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan..
Dan seandainya jika semua itu tidak ada peraturan dan undang-undang,
nescaya alam semesta yang kita huni ini akan penuh dengan kacau bilau dan telah huru hara sejak jutaan tahun yang lalu dan tentulah sangat mustahil adanya kehidupan didunia ini..
Jadi untuk mengelakkan kacau bilau dan huru hara pada semua ini, 
maka undang-undang dan peraturan diciptakan untuk mereka,
supaya manusia beroleh kebaikan dan manfaat..

Dapatkah juga kamu bayangkan jika tiada undang-undang serta peraturan di jalan raya?
Betapa teruknya keadaan jalan raya kita jika ketiadaan peraturan serta undang-undang..
Tiada lampu isyarat, tiada laluan pejalan kaki, tiada jalan sehala,
tiada had laju atau mungkin juga ada yang sesuka hati meletak kenderaan di tengah laluan lebuh raya..
Jadi untuk mengelakkan kacau bilau dan huru hara pada semua ini, 
maka undang-undang dan peraturan diciptakan untuk mereka,
supaya manusia beroleh kebaikan dan manfaat..

Begitu juga halnya dengan agama,
Agama juga adalah peraturan dan undang-undang hidup untuk manusia yang diturunkan dari yang menciptakan undang-undang dan peraturan benda-benda angkasa..
Kamu boleh bayangkan sendiri keadaan manusia jika tiada agama atau kesan agama dalam dirinya, 
betapa akan buruknya keadaan hidup..
Kita akan menyaksikan kejahatan yang besar dimana-mana yang tidak dapat digambarkan..
Orang akan melakukan segala-galanya dengan bebas serta tanpa kawalan,
Perogol, pembunuh, perompak, penyamun dan sebagainya hidup dengan bebas..
Yang kuat akan menindas yang lemah, 
dan wanita-wanita yang bersifat lemah akan menjadi mangsa lelaki yang gagah..
Kamu perlu faham, sifat manusia itu lebih cenderung melakukan kejahatan dan kekejian..
Manusia akan melakukan itu dan ini dengan sesuka hati tanpa ada rasa bersalah, 
atau simpati, atau saling menghormati dan Kita tidak akan dapat mengecapi ketenangan dalam keadaan hidup seperti itu..

Sama halnya jika kamu hidup di satu penempatan yang dihuni oleh binatang-binatang buas yang tiada agama dalam kehidupan mereka..
Jadi siapa nak rasa kehidupan tanpa beragama,
saya syorkan cubalah, try test kat afrika sana, 
di tempat yang dihuni oleh binatang-binatang buas...
Saya rasa, kamu hanya akan dapat menghirup udara untuk beberapa hari dan kemudian akan di ngappp oleh binatang-binatang buas tersebut!!!

Samalah seperti Ikan yang habitatnya hanya didalam air, 
hanya didalam air sajalah ikan akan rasa tenang dan tenteram,
namun jika seandainya ikan cuba untuk keluar daripada air untuk hidup didarat,
Nescaya ikan itu pasti akan menemui kebinasaan..

Begitulah juga dengan manusia, 
manusia hanya akan dapat mengecapi kedamaian dan ketenangan hanya apabila manusia amalkan agama dengan sempurna, 
namun apabila manusia cuba lari atau keluar dari agama, 
nescaya mereka tidak akan rasa ketenangan ataupun ketenteraman dan penghujungnya mereka pasti akan binasa..


Classic Berbisik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...