CINTA LAILATUL QADAR





 CINTA LAILATULQADAR....Sekadar perkongsian cerita..
Saat ini,aku masih termenung sambil membelek-belek seutas tasbih kristal di dalam kereta. Masjid Asy-syakirin yang tersergam indah yang bertentangan dengan keretaku itu ku pandang sayu.Tiada apa yang mampu kulafazkan melainkan hanya membisikkan kata redha dengan ketentuan Illahi.
Jasad ummi telah selamat dikebumikan..Masih berlegar-legar di ruang mindaku akan perbualan ku bersamanya seusai menunaikan solat terawih semalam.
“Nur,malam esok teman ummi bertahajud di Masjid Asy-syakirin,nak tak?”
“Boleh juga..,”ujarku sambil tersenyum mesra.Meskipun sudah bertahun-tahun aku menatap wajah ummiku,namun kusedari bahawa seri keimanannya tidak luntur dimamah usia.
“Baguslah kalau macam tu.InsyaAllah semoga Allah mengizinkan kita bertemu dengan Malam Lailatulqadar..”ujarnya lagi lantas melemparkan senyuman mesra.
“InsyaAllah..”
Seketika bayangan perbualan itu hilang dibawa angin malam yang dingin.Hatiku kembali sayu.Namun keinginan ummiku untuk bertahajud tetap ingin kuteruskan.
Tatkala aku leka melayani perasaanku sendiri,telefon bimbitku berdering.Kelihatan nama ‘Mak Su’ terpapar pada skrin telefon tersebut dan lantas aku menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum Mak Su..”ujarku sekadar berbahasa.Namun hatiku jauh dibawa angin lalu dan hilang entah ke mana.
“Wa’alaikummusalam..Nur kat mana ni?Mak Su risaulah..Nur jangan buat apa-apa yang tak diingini pula,”ujar Mak Su dengan terburu-buru.
“Astaghfirullah al-azim,Mak Su..Nur masih ingat Allah.Mak Su jangan la risau sangat,InsyaAllah..Nur tak akan apa-apa...”.Seketika lidahku kelu untuk melafazkan kata. “Sayang Mak Su..macam ummi Nur,”sambungku lagi dengan nada sendu.Tika itu talian kedengaran sepi.
“Erm...Mak Su.Nur ingat Nur nak bertahajud dekat masjid.Nur nak teruskan keinginan arwah ummi..”ujarku bagi mengutarakan keinginannya.Wajah ummi mulai bermain-main di mindaku.
‘Nur rindu umi..’bisikku sendirian.Meskipun kata-kata itu tidak meniti di bibirku,namun hanya Allah yang tahu rindu yang kian sarat kutanggung.
“Kalau macam tu,tak mengapalah..Jaga diri Nur elok-elok ..Mak Su pun sayang Nur juga,Assalamualaikum.”ucapnya pula lantas mematikan talian.Aku hanya tersenyum sendirian dek kerana keinginanku untuk meneruskan hajat ummi tidak dihalang.
Lafaz bismillah ku bisikkan penuh syahdu beserta kekuatan ku yang berbaki,aku menapak keluar dari pintu keretaku.Saat itu,di sekelilingku kelihatan sepi dan yang kedengaran hanyalah suara unggas yang bersahut-sahutan.Lalu langkah kuatur menuju ke tingkat atas masjid memandangkan tempat solat perempuan terletak di tingkat atas.

Seusai sahaja berwuduk, kugagahkan jua diri ini untuk menunaikan solat taubat dan diikuti dengan solat istikarah.Kedua solat ini telah sekian lama sebati dengan ku semenjak aku di tingkatan 1 lagi.Setelah salam terakhir telah ku ucapkan,aku menadah kedua-dua tanganku lantas memohon doa sepenuh hati kepada Khaliqku,Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya.Tanpa ku sedari,diriku mulai tenggelam diulit mimpi.



Kelihatan sebuah taman yang amat indah dan tika itu aku hanya menurut langkah ummi yang sejak tadi memimpinku seolah-olah ingin membawaku ke sebuah tempat.Sesekali dia tersenyum memandang ke arahku.Beberapa minit kemudian,langkah kami terhenti.Kelihatan sebuah teratak yang sungguh indah terbina kukuh di hadapanku.Pelbagai jenis bunga-bungaan kelihatan mekar berseri di sekelilingnya.Diriku terpegun saat terlihat ada sungai-sungai bewarna keemasan mengalir dibawahnya.Tika itu ummi melepaskan tangannya yang tadi erat memimpinku.Kukucup pipinya dengan rindu yang tidak pernah berbelah bahagi.Seketika hilang dibawa hembusan angin.
Aku mengalihkan pandanganku ke arah teratak itu serta-merta dan kelihatan seorang pemuda berjubah biru lembut menghulurkan tangannya kepadaku.Entah mengapa aku hanya menurut kehendaknya.Hulurannya kusambut lantas menaiki tangga untuk ke atas teratak.Kemudian lelaki tersebut menghulurkan pula senaskah tafsir Al-Quran baldu bewarna biru lembut.Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya.Dia tersenyum lantas meraih tanganku lalu diberikannya tafsir Al-Quran itu.
“Siapa awak..?”soalku dengan penuh kehairanan.
“Malam ni,Malam Lailatulqadar....InsyaAllah jika diizinkan-Nya kita akan bertemu..Uhibbukifillah,”ujar lelaki itu.Seketika segalanya seakan hilang dari pandanganku dan yang ada hanyalah kabus yang kian menebal.Tatkala itu aku terjaga dari tidurku.

Pandanganku melilau ke sekeliling lantas terhenti pada sekujur tubuh kanak-kanak perempuan yang sedang lena diulit mimpi.Lalu aku menapak menuju ke arahnya beserta telakung di tangan kananku.
“Macam sejuk je budak ni..”omelku sendirian.Tanpa berfikir panjang,kuselimutkan dirinya dengan telekungku yang kini telah pun bertukar tuannya dengan harapan mudah-mudahan kedinginannya akan berkurangan.
Tanpa berlengah,aku terus mengambil wuduk dan mendirikan solat tahajud.Entah mengapa kesejukan yang ku rasakan pada malam itu amat berlainan dari malam-malam Ramadhan yang sebelumnya.
“Betul ke apa yang diperkatakan oleh pemuda dalam mimpiku bahawa malam ini merupakan Malam Lailatulqadar...”soalku sendirian.
Seusai sahaja aku menuanaikan solat tahajud aku mengatur langkah menuju ke kedai yang berdekatan untuk bersahur.Berbekalkan keyakinanku pada Allah Ynag Maha Besar,aku meninggalkan kanak-kanak perempuan itu sendirian.
“Ya Allah,aku yakin bahawa Engkau akan sentiasa menjaganya..”bisikku lagi.
........................................................................................................................
Ketika di kedai makan,di saat diriku asyik menikmati hidangan sahur, kelihatan seorang pemuda menuju ke araku.
“Assalamualaikum,maafkan saya seandainya saya mengganggu saudari menjamu selera,”ujarnya dengan penuh sopan.Entah mengapa suara itu kurasakan seolah-olah pernah kudengari.Lantas kumengangkatkan sedikit kepalaku untuk melihat siapa empunya suara yang telah menegurku.
Alangkah terkedunya diriku kerana wajah empunya suara yang sedang berdiri di hadapanku sememangnya seiras dan saling tidak tumpah seperti pemuda yang hadir dalam mimpiku. “Ya Allah apa yang ingin Engkau sampaikan padaku ..”bisikku sendirian.
“Wa’alaikummusalam..er..tak mengapa,”jawabku gugup.
“Sebenarnya macam ni,saudari ada tak terjumpa sorang kanak-kanak perempuan yang berumur dalam lingkungan 7 hingga 8 tahun di tingkat atas masjid?”soalnya pula.Aku hanya menganggukkan kepala sebagai respon bahawa aku mengiakan apa yang diperkatakannya.
“Alhamdulillah..nama saya Naufal.Nanti boleh tak saudari tolong berikan bungkusan plastik ni pada Mia.Dalam plastik ni ada sebungkus nasi dan air.Tolong ya..”ujarnya lagi.
“InsyaAllah,nanti saya beri,”ujarku pula.
“Terima kasih,nanti lepas subuh,cakap dengan Mia saya tunggu dia kat bawah, Assalamualaikum,”ucapnya dengan senyuman dan berlalu pergi.Hanya pandanganku sahaja yang mengiringi langkahnya.Namun,persoalan yang kian bermain-main di mindaku tidak mampu untuk kurungkaikan.
Namun,entah mengapa hatiku mulai diselubungi rasa bahagia.Adakah rasa sayang telah mula membungakan cinta yang kian mekar..?Patutkah aku menyiraminya dengan rindu yang mulai terasa di segenap lubuk hatiku..Astaghfirullah al-azim...Apakah wajar perasaan yang sedemikian menyelubungiku...sedangkan dia milik Allah sepenuhnya...
.......................................................................................................................
Sebaik sahaja aku tiba di masjid tingkat atas dengan menjinjing sebungkus nasi beserta air,aku mengatur langkah menuju ke arah Mia yang dimaksudkan oleh Naufal tadi.
“Mia,Mia..bangun dik..”kataku padanya berulang-ulang kali.Tidak kunafikan Mia mempunyai wajah seiras Naufal.Kelihatan Mia terpisat-pisat bangun dari tidurnya.
“Ummi...,”kata Mia secara tiba-tiba.
“Tak,bukan..akak bukan ummi Mia...”.Aku sedaya upaya cuba menafikan apa yang diperkatakan oleh Mia.Seketika pandangan kami bertaut.
“Tapi..kan,suara akak sama macam ummi Mia..Mia rindu ummi,”ujar Mia yang mulai teresak-esak.Lalu kuhampiri dirinya dan meraihnya ke dalam pelukankanku.Ku biarkan Mia tenggelam dalam esak tangisnya dan tika itu seluruh kasihku tertumpah hanya untuknya.Hatiku kuat mengatakan bahawa Mia seolah-olah telah kehilangan sseorang yang amat disayanginya.
“Eh,sorry..Mia tak sengaja..Mia minta maaf sebab terpeluk akak.Pelukan akak sama macam arwah ummi Mia...Sejak Mia berumur 7 tahun ,Mia dah tak pernah rasa pelukan tu.Walid kata ummi Mia ada kat syurga,”ujarnya lagi lalu mengesat sisa air mata yang kian mengalir membasahi pipinya.
“Ala..kak..Mia rasa air mata ni macam tak nak berhenti je..”rengek Mia,manja.Aku hanya tersenyum semampunya.Kehilangan seorang ummi yang amat disayangi.Aku sendiri baru sahaja merasainya.Namun,yang membezakan kami hanya dek kerana faktor usia dan pemikiran yang cukup berbeza.
“Mia,tadi ada seorang lelaki..nama dia Naufal.Dia suruh akak bagi bungkusan plastik ni kat Mia,”ujarku lembut sambil tangan kananku menghulrkan bungkusan plastik yang ku maksudkan.Setelah bungkusan plastik itu bertukar tangan,kuusap kepalanya dengan penuh kasih.
Terima kasih kak..kalau akak nak tau,Naufal tu walid Mia..”ujar Mia,perlahan-lahan membuka bungkusan nasi yang diberikan kepadanya itu.
“Oh..patutlah muka Mia dengan dia sama..”ujarku pula.
“Kak,nama akak siapa ya..”
“Mia panggil je la kak Nur atau akak je,ya..”
“Ok!”
Ketika Mia sedang asyik menikmati nasi bungkusnya ,fikiranku sudah menerawang entah ke mana.Pelbagai persoalan sudah mula bermain-main di mindaku..
‘Ya Allah,apa maksud semua ini..
Kenapa aku ditemukan dengan Mia...
Semalam tidurku Engkau hadirkan seorang mujahid..
Dan hari ini...
Engkau menemukan aku dengan dirinya..
Ya Allah ,berikan daku petunjuk dan hidayah-Mu...’
“Alhamdulillah..kenyang Mia..Kak Nur..Teman Mia ambil wuduk boleh?”ujar Mia.
“Ya la Mia..Lagipun dah nak masuk waktu subuh dah ni.Jomlah! Akak pun nak ambil wuduk juga.Kita ambil sama-sama ya..,”ujarku pula sambil mencuit pipinya yang comel itu.Mia hanya ketawa kecil apabila diusik begitu.
Tatkala itu,kedengaran azan Subuh mulai berkumandang mengejut seluruh makhluk ciptaan-Nya.Sayu.
“Subhanallah,Ya Allah siapakah gerangan hamba-Mu yang mengalunkn kalimah-Mu ini.Adakah itu Naufal..Seorang lelaki yang hadir dalam hidupku secara tiba-tiba.Namun..sejujurnya Ya Allah..hamba-Mu ini telah mula mencintainya..Lillahi Ta’ala.Hatiku telah terpaut pada mujahid milik-Mu.Ya Allah,jangan biarkan cinta ini membuatkan aku jauh dari-Mu..,”bisikku lirih..
Seusai sahaja kami berwuduk,masing-masing memakai telekung sambil menunggu imam memulakan solat Subuh secara berjemaah.Seketika kedengaran imam melaungkan iqamat menandakan jemaah sudah ingin dimulakan.Entah mengapa,hatiku mulai terpaut dengan setiap bacaan ayat-ayat suci Allah oleh imam yang tidak kukenali itu.Kesyahduan mulai menyelubungiku.
“Kak,nak salam..”pinta Mia sambil menghulurkan kedua-dua belah tangannya seusai sahaja selesai memberikan salam terakhir.Aku hanya tersenyum lantas menyambut hulurannya itu.
“Mia nak cium pipi akak boleh?”pintanya lagi.Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum mesra.Saat pipiku dikucup Mia,aku dapat merasakan seperti beberapa titisan mutiaranya gugur mengenai pipiku.
“Sebenarnya,dulu Mia selalu buat macam tu kat arwah ummi..Terima kasih sebab bagi Mia peluang untuk buat macam tu kat Kak Nur..Rasa macam cium ummi Mia sendiri,”kata Mia sambil menundukkan kepalanya lalu mengesat air mata yang mula mengalir.
“Tak ada apa-apalah.Akak suka Mia buat macam tu kat akak,”kataku dengan nada sebak.Entah mengapa mutiara milikku juga mula membasahi pipiku.Lantas dikesat lembut oleh Mia.
“Akak sayang Mia..”
“Mia pun sayang akak..Kalau boleh Mia teringin nak jadikan Kak Nur ummi Mia.Boleh tak? Akak setuju?”soal Mia secara tiba-tiba.Riak penuh mengharap mulai terpancar di wajahnya.
“Mia,soal kahwin ni tak boleh buat main-main..”
“Tapi Kak Nur..”
“Mia..Entah-entah walid Mia masih cintakan arwah ummi Mia.Mia kena fikirkan perasaan walid Mia juga..”
“Kalau macam tu biar Mia pergi tanya walid sendiri.Akak tunggu kat sini ya..Jangan pergi mana-mana tau!Tunggu sampai Mia datang sini balik,”ujar Mia lalu berlari-lari anak menuju ke masjid tingkat bawah untuk mencari dan berjumpa dengan walidnya.
“Subhanallah...Mia..”.Panggilan itu langsung tidak diendahkan oleh Mia.
........................................................................................................................
Selepas beberapa ketika,Mia datang berlari-lari anak kepadaku.Ditangannya terdapat sepucuk surat.Tanpa mengatakan apa-apa,Mia terus menghulurkan surat itu kepadaku.Aku hanya mengambilnya tanpa banya soal..Dengan lafaz Bismillah..

‘Salam ukhuwah fillah buat saudari Nur...
Mungkin kita tidak saling kenal antara satu sama lain...
Namun,ketahuilah bahawa cinta lillahi Ta’ala itu tiada sempadannya..
Ana sememangnya menginginkan seorang zaujah..
Yang mampu menjadi sayap kiri ana..
Yang sentiasa di sisi ana di saat ana sedang berjuang..
menegakkan kalimah Allah di landasan mujahadah ini..
Kehadiran Nur malam semalam telah ana sedari..
Pandangan pertama ana itu telah meyakinkan ana bahawa..
Nur merupakan bidadari yang telah mencuri segenap hati milik Allah ini..
Maafkan ana seandainya ana telah melemparkan pandangan yang berkemungkinan haram pada saudari Nur..
Namun ketahuilah...
Bahawa dengan izin Allah..
Nur telah berjaya mengetuk pintu hati ini..
Yang telah sekian lama tidak dihiasi cinta
oleh seorang bidadari yang cintanya..
tulus ikhlas lillahi Ta’ala..
InsyaAllah..
Sambutlah salam cinta ana seandainya diizinkan..
Oleh pencipta kita Ya Rabbulizzati...’

Tanpa kusedari,pipiku kian hangat dibasahi air mata.
“Subhanallah,hanya dengan izin-Mu Ya Allah..”bicaraku lirih.
“Kak Nur..akak setuju tak..”soal Mia dengan penuh mengharap bahawa aku akan melafazkan kata setuju.Namun,entah mengapa lidahku kelu untuk berkata-kata.Lantas kukucup dahinya penuh syahdu dengan harapan bahawa dia faham akan apa yang tersirat di sebalik hatiku.
“Jom ikut Mia..”ujar Mia lalu mencapai tanganku dan serta-merta berdiri.
“Mia nak bawa akak pergi mana?”soalku pula.
“Mia nak bawa ummi jumpa walidlah..Walid kata ,kalau akak mendiamkan diri lepas baca surat tu,tu tandanya ..tandanya..”.Mia menggaru-garu kepalanya seolah-olah cuba mengingati sesuatu.
“Itu tandanya setuju Mia,”detikku di dalam hati.
“Ala Mia lupalah..Tapi jomlah ikut Mia,”.Lalu langkah kuatur untuk menurut apa yang dipinta oleh Mia.Aku yakin bahawa Allah sememangnya telah mengizinkan aku untuk menemui Naufal.Petunjuk yang diberi Allah melalui mimpiku semalam membuatkan keyakinanku kian teguh.InsyaAllah...
Sebaik sahaja sampai di perkarangan masjid,kelihatan Naufal sedang duduk di bangku yang berhampiran sambil khusyuk menelaah sebuah tafsir baldu bewarna biru lembut.
‘Subhanallah,Ya Allah hanya kepada-Mu aku menaruh sepenuh keyakinan.Aku yakin bahawa cinta yang kian mekar ini akan kekal di landasan mujahadah.Izinkan cinta ini mekar mengharum hingga ke syurga firdaus-Mu Ya Allah..”bisikku sendirian.
“Walid..”panggil Mia lalu meleraikan pimpinan tanganku dan terus berlari-lari anak menuju ke arah Naufal.Dicapai dan dikucup tangan walidnya dengan penuh kasih.Tika itu aku hanya sekadar pemerhati di sisinya.Kemudian sampailah pada gilirannya pula untuk mengucup anak kesayangannya itu.Kemudian pandangannya terhenti padaku.Aku hanya tersenyum dan tertunduk malu.
“Alhamdulillah,Nur juga terima juga cinta yang Allah anugerahkan kepada kita..”
“InsyaAllah..Namun ketahuilah bahawa persetujuan Nur sebenarnya bersyarat.” Naufal hanya mendiamkan diri dan menantikan kata-kataku yang seterusnya.
“Syaratnya..Nur mengimpikan seorang imam yang mampu memimpin Nur di landasan mujahadah dan pada masa yang sama dia sanggup meninggalkan Nur dek kerana amat mencintai syahid di jalan Allah..Naufal sanggup?”bicaraku tenang.
“Alhamdulillah,Allah mengurniakan bidadari yang tepat sebagai pengganti sayap kiri ana yang telah diambilnya dahulu.Subhanallah..Alhamdulillah..,”ucap Naufal dengan penuh rasa syukur.
“Untunglah..Mia dah dapat ummi baru..kan walid?”
“Ucap apa sayang..”soal Naufal sambil membelai lembut ubun-ubun anaknya.
“Alhamdulillah..”kata Mia dengan tangan seolah-olah baru sahaja mengaminkan doa.
“Sesungguhnya cinta itu hak milik mutlak Allah buat selamanya...”bisikku lirih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...