SINGKATNYA HIDUP INI..

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Umur-umur umatku berkisar antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun. Sangat sedikit antara mereka yang umurnya lebih daripada itu".
(Riwayat Tirmizi).








Oleh sebab itu,
secara hitung panjang umur manusia zaman ini adalah 63 tahun (sama seperti umur Nabi Muhammad s.a.w ketika wafat).
Malah jika kita berjaya mencapai usia yang sepanjang itu pun sudah dikira beruntung kerana ramai juga yang telah menemui ajal sebelum mencecah umur 50 tahun pun.

Sekalipun berjaya mencecah usia 63 tahun,
tempoh itu masih dikira singkat berbanding jangka masa hidup di akhirat yang kekal abadi (infiniti).
Sebagai perbandingan, Al-Quran ada menyatakan bahawa 1 hari di akhirat adalah sama dengan 1000 tahun di dunia.

Bayangkan......,
Ini bererti jika kita berjaya hidup selama 63 tahun,
maka itu sama dengan 1 1/2 jam sahaja hidup di akhirat.
Sangat singkat.
Rasa yang terlalu singkat ini tidak akan kita rasai hakikatnya di dunia ini, tetapi di akhirat nanti pasti kita akan merasainya.


Allah s.w.t. berfirman (yang bermaksud),
"Dan masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja daripada waktu siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan,
dan yang tidak mendapat petunjuk ".
*Quran - Surah Yunus : 45*





By : Classic Berbisik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...