~Ingat Mati Menjernihkan Mata Hati ~

Muawiyah bin Abi Sufiyan seorg tokoh islam yg mengasaskan kerajaan bani umayyah slps khluafa’ ar-Rasyidin yg ke- 4. Dikisahkan ketika tiba waktu kematiannya, Muawiyah berkata “Dudukkanlah aku”
mendengar permintaan Muawiyah itu org disekelilingnya mendudukkannya. Kemudian Muawiyah memuji dan mengaggungkan kebesaran Allah SWT sambil berkata pd dirinya sendiri “Kini Engkau ingat akn Tuhanmu, wahai Muawiyah, setelah kejatuhan dan kehancuran. Setelah hilangnya kenikmatan masa muda”

lantas beliau menangis dgn tangisan yg kuat dia berkata lagi “ itulah kematian tidak ada yg selamat dr kematian yang aku tahu. Setelah kematian ialah lidah yang pintar dan lidah yang getar”

Selepas berkata2 disambungnya lagi “ Ya Allah, Ya Rabbi, kasihanilah si tua yg berdosa ini, pemilik hati yg karat ini, Ya Allah, ringakanlah bebananku dan ampunilah segala kehinaan, Ambillah nyawa ini dgn kebijaksanaanMu yg tidak mengharapkan apa2 selain keredhaanMu dan tidak aman bagi seseorang itu tanpa Mu”

Demikian itulah hati Muawiyah yg sentiasa ingt pd Nya pd waktu sihat dan pada waktu sakit kematian menghampirinya.
dan kita???



Bilakah masa bertaubat?
Ada yang kata “ Ah, ! aku masih muda, masih bertenaga, kuat dan makin sihat” 
“Bila dah tua kau bertaubatlah” …
Maka beringatlah kita sedang dihanyutkan oleh syaitan…

Kata al-imam al-Ghazali : “ Mengingati kematian itu menghasilkan kemanisan iman sekaligus menguatkan rasa bertuhan dan taqarrub kepada Allah” 
semoga Ramadhan kali ni juga dapat merapatkan diri kita dengan Pencipta..


Kembara Ilahi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...