"COME ON! JANGANLAH MARAH..."

Marah merupakan sifat atau pun tabiat natural  yang dkurniakan Allah s.w.t kepada manusia. Kadang-kadang ada orang bila marah , dia akan bertindak di luar jangkaan. Perasaan marah ni juga akan mnyebabkan jiwa jadi tak tenteram.
Dalam Islam dikatakan bahawa, sebenarnya orang yang gagah perkasa bukanlah diukur dari segi kekuatan fizikal, tetapi orang yang paling gagah ialah orang yang yang dapat mengawal dirinya ketika marah. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bukanlah yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain,tetapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah."

Mencerminkan Akhlak
Sebenarnya marah boleh jadi sifat tercela dan boleh jadi sifat terpuji. Maksudnya??  Marah terpuji adalah marah apabila agamanya dikeji dan dihina. Sekiranya kita marah sebab peribadi kita disakiti, maka hendaklah kita tahan kemarahan tersebut. Inilah sifat terpuji yang harus dimiliki oleh orang yang mengaku dia beriman kepada Allah.
Amat keji sekali akhlak seseorang itu sekiranya apabila  seseorang itu menjadi marah ketika peribadinya disakiti,lalu ia bertindak menggila, tetapi sebaliknya  tidak marah apabila agama dihina dan dikeji.Nauzubillah!
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w.: "Berpesanlah kepadaku". Kemudian, jawab Rasulullah dan bersabda yang bermaksud: "Jangan marah".  Lalu lelaki tersebut tadi meminta perkara yang sama berulang kali, tetapi Rasulullah tetap menjawab: "Jangan marah".

Cepat-cepat ingat Allah
Apabila berada dalam keadan marah kerana disakiti oleh orang lain, maka segeralah mengungati Allah dengan menyedari keutamaan menahan marah sebagaiman firman Allah s.w.t dalam surah Ali 'Imran ayat 134 yang bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada (yakni mengerjakan amal-amal soleh untuk mendapatkan) keampunan daripada tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa, iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahan.

Wuduk penyejuk kemarahan
Syaitan memangnya akan berusaha menjadikan kita marah.Oleh itu, jika seseorang dapat mengawal marahnya bererti,dia telah berjaya melawan hasutan dan godaan syaitan yang bakal mengheretnya ke lembah kebinasaan dan penyesalan.
Abu Wa'il al-Qash, Abdullah bin Bujair al-Shan'ani rhm, berkata: "Kami masuk menemui Urwah bin Muhammad al-Sa'di. Ketika itu seorang lelaki sedang berbicara dengannya sehingga menyebabkan beliau marah. Lantas beliau bangun dan pergi berwuduk. Kemudian beliau berkata: "Ayahku menceritakan kepadaku daripada datukku Athiyyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu berpunca dripada syaitan.Syaitan pula dicipta daripada api.Sesungguhnya api hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu,apabila seseorang antara kamu naik marah, maka hendaklah dia berwuduk."" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Diam
Sekiranya kita sedang marah, sebaiknya kita diam. Kenapa?? Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad yang bermaksud: "Jika seseorang daripada kamu marah,maka hendaklah dia diam."
Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi daripada Abdullah bin Amru yang berkata: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ( yang bermaksud): "Sesiapa yang diam, maka ia akan selamat".
Sebenarnya diam dalam perkara ini ialah sebahagian daripada iman.

Duduk dan baring
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Jika salah seorang daripada kamu marah, sedangkan ia ketika itu dalam kedudukan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika marahnya dapat hilang dengan duduk (cukuplah ia duduk). Jika tidak, hendaklah ia berbaring".

TAKABBUR = SOMBONG = ANGKUH



Rasulullah s.a.w pernah bersabda  yg bermaksud:
              "Sesiapa yang  merendahkan dirinya kerana Allah satu darjat, maka Allah akan  meninggikannya hingga  menempatkannya di  'iliyin  yang tertinggi. Dan sesiapa yang meninggikan  dirinya(takabbur) satu darjat, maka Allah akan terus merendahkannya hingga meletakkan namanya bersama orang yang sangat rendah(asfalasafilin)."        (Ibn Hibban)
TANDA TAKABBUR




  • Tidak  suka  berdoa
  • Mudah terluka dan melukakan hati  orang lain 
  • Sukar memberi dan meminta maaf
  • Memotong cakap orang lain
  • Gila kuasa 
  • tidak suka berziarah

           Sesungguhnya takbur adalah "ibu" sifat mazmumah  yang berkemungkinan besar boleh merosakkan aqidah.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak ada sesiapa yang akan memasuki syurga walaupun   sebesar zarah sifat takbur dalam hatinya". (Riwayat Muslim) 
                                                                                                                                                                       

cukuplah hanya sederhana

Dalam kehidupan ini, kadang-kadang kita suka kadang-kadang kita duka kerana itulah warna-warni kehidupan. Ada orang kata hidup ni ibarat roda, sekejap kita di atas sekejap kita di bawah tapi semua ni adalah lumrah yang banyak mengajar kita erti kehidupan sebenar.

Di saat kita gembira, kita rasa ''dunia ini ana yang punya'' ..tapi....  
bila kita sedih, kita akan anggap ''this is the end of the world''..

TAPI sedarkah kita bahawa setiap dugaan dan nikmat yang menimpa adalah ujian buat kita ???
di sini ketabahan kita diuji tanpa kita sedari..
sejauh mana kita mensyukuri nikmat yang diberi..?? 
sejauh mana kesabaran kita dalam mendepani kekecewaan dan musibah yang melanda..??

senario biasa ,

Apabila kejayaan yang kita perolehi : happy sakan sampai lupa orang sekeliling..
Apabila kekecewaan melanda diri : menangis sampai penuh satu tempayan.
SEDARLAH!!
bila kita gembira menerima kejayaan itu, ada orang di sekeliling kita yang tidak senasib dengan kita..
bila kita sedih mengenangkan kecewaan yang menimpa diri, masih ada yang lebih teruk dan dahsyat dugaan bagi mereka..

Oleh itu, SEDERHANALAH  kamu dalam mendepani kejayaan dan kekecewaan itu. Bukankah islam mengajar kita untuk besederhana..Apabila kejayaan yang menjadi milikmu, bersyukurlah bahawa itu kurniaNya dan ingatlah apabila engkau kecewa, tunduklah menghadapnya kerana itu tanda sayangnya Dia padamu. Menguji engkau , agar bertambah keimanan mu..

akhir kalam, renung-renungkan dan selamat beramal  : )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...