Rasulullah s.a.w pernah bersabda yg bermaksud:
"Sesiapa yang merendahkan dirinya kerana Allah satu darjat, maka Allah akan meninggikannya hingga menempatkannya di 'iliyin yang tertinggi. Dan sesiapa yang meninggikan dirinya(takabbur) satu darjat, maka Allah akan terus merendahkannya hingga meletakkan namanya bersama orang yang sangat rendah(asfalasafilin)." (Ibn Hibban)TANDA TAKABBUR
- Tidak suka berdoa
- Mudah terluka dan melukakan hati orang lain
- Sukar memberi dan meminta maaf
- Memotong cakap orang lain
- Gila kuasa
- tidak suka berziarah
Sesungguhnya takbur adalah "ibu" sifat mazmumah yang berkemungkinan besar boleh merosakkan aqidah.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak ada sesiapa yang akan memasuki syurga walaupun sebesar zarah sifat takbur dalam hatinya". (Riwayat Muslim)