NASIHAT MENASIHATI DI PERLUKAN WALAUPUN AMALAN KAMU BELUM SEMPURNA~

♥♥♥

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. 
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk men
asihati manusia, 
kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. 
Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, 
maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah s.a.w yang tercinta wafat.



Sebagaimana dikatakan seorang penyair: 
“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia, 
maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: 
“Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, 
hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, 
maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. 
Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: 
“Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”.

Mutharrif menjawab: 
“Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: 
“Semoga Allah merahmati dirimu. 
Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. 
Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: 
“Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad s.a.w ”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata:
“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, 
dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. 
Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. 
Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Sahabat yang dimuliakan,
Dari Abu Ruqayah Tamim Ad Daari radhiallahuanhu, 
sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : 
"Agama adalah nasihat". 
Kami berkata: "Kepada siapa?". 
Baginda bersabda maksudnya : "Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kandungan Hadis:

1. Agama Islam berdiri tegak di atas upaya saling menasihati, maka harus selalu saling menasihati di antara masing-masing individu muslim.

2. Nasihat wajib dilakukan sesuai kemampuan.

Kedudukan Hadis
Hadis ini sangat penting, kerana mengandung seluruh agama. Iaitu mengandung hak Allah, hak Rasul-Nya, dan hak hamba-Nya. Kewajiban penunaian hak-hak tersebut terkandung pada kata nasihat.

1. Nasihat untuk Allah.
Adalah menunaikan hak Allah s.w.t seperti telah tersebut pada pembahasan iman kepada Allah.

2. Nasihat untuk kitab-Nya.
Adalah menunaikan hak kitab-Nya Al-Quran, 
seperti yang diyakini bahawa Al-Quran adalah kalamullah, mukjizat terbesar diantara mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan kepada para rasul, 
sebagai petunjuk dan cahaya. 
Selain itu juga membenarkan beritanya dan melaksanakan hukumnya.

3. Nasihat untuk Rasul-Nya.
Adalah menunaikan hak Rasulullah s.a.w apabila dilaksanakan semua sunah dan amalan Nabi s.a.w, 
seperti telah tersebut pada makna syahadat Muhammad Rasulullah.

4. Nasihat untuk para imam.
Kata imam jika disebutkan secara mutlak maka berarti penguasa, dan adakalanya kata imam berarti ulama. 
Nasihat untuk para imam, 
meliputi imam dengan kedua maksud tersebut.

Nasihat untuk penguasa adalah menunaikan haknya, 
seperti, taat dalam hal yang makruf, tidak taat dalam kemaksiatan, tunduk dan tidak membangkang dan lain-lain yang merupakan hak penguasa yang telah dijelaskan dalam kitab dan sunah.

Nasihat untuk ulama adalah mencintai mereka kerana kebaikannya dan jasanya pada umat berkat ilmunya, 
dan dakwahnya, menjaga kehormatan dan kewibawaannya serta menyebarkan fatwa-fatwanya.

5. Nasihat untuk kaum muslimin
Memberi nasihat dan mengajak kepada makuf dan mencegah kemugkaran adalah tanggungjawab kita semua. 
Jangan diabaikan dan ditinggalkan tugas ini. 
Kita mengajak kepada kaum muslimin dimana saja mereka berada. Adalah memberikan semua yang menjadi hak mereka demi terwujudnya maslahat dunia dan akhirat mereka.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita teruskan tugas mulia dan menjadi amalan dan sunah Nabi s.a.w. iaitu nasihat menasihati dan berdakwah kepada sesiapa saja untuk mentaati Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-Nya walupun kita masih serba kekurangan dan masih banyak belum sempurna. 
Jangan rasa kecewa apabila nasihat kita tidak di dengari dan di ikuti kerana hidayah dan petunjuk itu hak Allah s.w.t. 
sedangkan hak memberi nasihat adalah tugas kita sebagai hamba-Nya. Allah s.w.t. akan memberi balasannya di hari akhirat apabila kita memenuhi tugas yang diamanahkan-Nya di dunia.

ciri-ciri Rasul Allah



Jabir bin Samurah r.a berkata:

“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. 
Pada waktu itu, 
Baginda memakai pakaian berwarna merah. 
Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. 
Bagiku, 
Baginda lebih indah daripada bulan purnama” 
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

♥

Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi,
namun bukan juga terlalu pendek,
tidak putih pucat juga tidak sawo matang,
(rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun.
Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)

♥

Al-Bara’ bin `Azib r.a berkata:

“Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah),
jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang).
Rambut yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya.
Apabila Baginda memakai pakaian berwarna merah,
aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.”
(HR at-Tirmidzi, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

♥

Ali bin Abi Thalib r.a bercerita tentang sifat s.a.w,

“Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya.
Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun.
Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat,
tetapi bujur telur.
Kulitnya putih kemerah-merahan.
Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik.
Tulang sendinya gagah, bahunya bidang.
Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat.
Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.
Apabila Rasulullah berjalan,
pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan),
seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.
Apabila Baginda berpaling,
kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling).
Di antara kedua-dua bahunya,
terdapat khatamun-nubuwwah,
iaitu tanda kenabian nabi.
Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah.
Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur.
Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan.
Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama,
pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya.
Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya.
Orang yang menceritakan sifat Rasulullah,
tentunya akan berkata
“Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.”
(HR at-Tirmidzi)

♥

Hasan bin Ali berkata,
“Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki nama samaran Abu `Abdullah).
Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah.
Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi Baginda.
Inilah yang dikisahkan oleh Hind:
“Rasulullah adalah seorang lelaki yang berwibawa.
Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari. Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi.
Kepalanya besar.
Rambutnya beralun.
Apabila rambut bahagian depannya terurai,
Baginda membuat belahan dua.
Jika tidak membelah dua,
hujung rambutnya dibiarkan sampai cuping telinga,
namun tidak melepasi had itu.
Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut tidak lebih telinga).
Warna kulitnya putih kemerah-merahan.
Dahinya luas. Keningnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah.
Di antara kedua-dua keningnya,
ada urat yang kelihatan memerah ketika sedang marah.
Hidung Rasulullah mancung,
di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar,
sehinggakan orang yang melihatnya betul-betul,
akan menyangka hidung Baginda lebih mancung (daripada yang sebenarnya).
Janggutnya tebal,
kedua-dua pipinya mulus,
mulutnya lebar.
Giginya agak jarang,
namun teratur rapi.
Bulu dadanya halus.
Lehernya indah, tegak dan kuat.
Bentuk tubuhnya sederhana,
badannya berisi seimbang,
perut dan dadanya sama rata.
Dadanya lebar,
kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar.
Bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.
Dari pangkal leher sampai pusat,
bulu yang tebal tumbuh seperti garisan.
Kedua-dua puting susu dan perutnya bersih.
Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas berbulu halus.
Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang,
telapak kakinya lebar. Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal,
jari-jarinya panjang,
lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah.
Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya. Apabila Rasulullah berjalan,
kakinya diangkat dengan kesungguhan. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan tawadhu`.
Jika Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.
Apabila dipanggil,
Baginda akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak. Pandangan matanya terarah ke bawah.
Baginda menundukkan kepala menatap ke arah bumi lebih lama daripada memandang ke langit.
Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya.
Apabila bertemu dengan orang lain,
Baginda yang akan terlebih dahulu memberi salam.”

(HR at-Tirmidzi)

***
Allahumma salli `ala muhammad wa`ala ali Muhammad..

Forgive me Ya ALLAH

Forgive me Ya ALLAH
For All the wrong I have done
For anger I shouldn't have
Against anyone

I know I'm weak ALLAH
But I love You, I really do
And in spite of my weakness
I hope You love me too

Forgive us for not reading
Forgive us for not practising
Forgive us for not implementing Your eternal Words
While society at large suffer
From the ommission of our submission



O ALLAH let us come to the understanding Only with Your Deen can humanity Prevail
And us for the times that we stray
Forgive us for being too tired
When we don't take the time to pray
While our Ummah lay in shame
With ignorance we forget Your way

Give us the strength, O ALLAH!
To do what we should each day
Let Your love shine through us
So others will follow Your way

Even though we failed You ALLAH
we hope You'll forgive us
And this we promise Lord
A better Muslim we will be

For Your presence is in us
Filling our hearts with Your love
And we have Your reassurance
You're guiding us from above

I love You Allah, and thank You
For the limitless blessings You bestow
I must tell others about You
So Your goodness they too, will know
Forgive us Ya ALLAH
Forgive and Guide this Ummah.
Victory is Promised by You
Make us worthy of it Ya ALLAH.

Aameen Ya ALLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...