ISTIGHFAR MENGGONCANGKAN KERAJAAN IBLIS!



"Ketahuilah bahawa istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya"
-Imam Syafie-


Melembutkan fikiran dan jiwa

Di samping zikir dan doa yang menjadi jalan bagi mendekatkan diri kepada Allah, istighfar juga adalah usaha memahami hakikat kebesaran Allah dan hakikat kerdilnya kita selaku insan ciptaannya. Istighfar dapat melembutkan hati dan jiwa serta fikiran individu. Ia menghindarkan individu daripada terlanjur melakukan kesalahan, menyalahkan orang lain, dan menyebut perkara dan ucapan yang tidak terpuji. Sebaliknya, selalulah menyebut nama Allah dan terus memohon keampunan Allah.


Kekuatan istighfar 

Kesempatan istighfar selalu terbuka kerana keampunan dan kasih sayang Allah itu sangat luas. Istighfar dapat menghapuskan dosa seertimana pernyataan Allah dalam surah An-Nisak ayat 110 yang bermaksud,
"Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiayai dirinya, kemudian ia memohon keampunan kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...