INDAHKAN DUNIA DENGAN MAAF


"Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya di sisi manusia."
-Imam Syafie-





Sifat suka memaafkan adalah perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci dan murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalh hasil dorongan keadaan hatinya kepada Allah. Dia memahami dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi daripada melakukan kesalahan sama ada secara sedar atau tidak.

Bukan perkara yang menghinakan apabila seseorang itu menjadi individu yang pemaaf kerana di situ wujud sifat terpuji seseorang Muslim. Ia menunjukkan seseorang itu bersih daripada sikap sombong, bersih daripada dendam kesumat, dan mempunyai iman yang tinggi serta menunjukkan kebijaksanaannya.




Sifat-sifat tersebut adalah sebahagian daripada ikatan yang kukuh dalam memantapkan persaudaraan Islam. Jadi, sebagai umat Islam yang bersaksikan Allah, Tuhan yang satu dan tiada Tuhan selain Allah, persoalan perpaduan di kalangan umat Islam adalah lambang tauhid kita kepada Tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t. sama seperti ajaran al-Quran dan seruan Nabi Muhammad s.a.w.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...