Ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan.
Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud:-
Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Apabila sesorang itu sudah berwudhu dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semata-mata hendak bersembahyang, maka setiap langkah yang dilaluinya itu akan mendapat pahala dan menghapuskan satu dosanya.
Kalau dia beriktikaf pula dalam masjid (dengan ada wudhu) selepas selesai sembahyang, para malaikat berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala memohon ampun untuknya. Dan selagi dia beriktikaf di dalam masjid menunggu untuk bersembahyang, dia akan terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sedang sibuk melakukan sembahyang”.
Subhanallah, Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Kaya.
Solat Sunat Tahiyyatul Masjid::
Menurut Dr. Wahbah al-Zuhailiy dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa"adillatuh didalam bab sembahyang Tahiyat al-Masjid :
' Sesiapa yang memasuki masjid disunatkan membuat sembahyang sunat dua rakaat sebagai penghormatan kepada pemilik masjid kerana terdapat hadis Rasulullah s.a.w,
Maksudnya : Apabila salah seorang kamu memasuki masjid, janganlah dia duduk sebelum melakukan ruku" dua rakaat sembahyang dua rakaat.
Berikut persoalan-persoalan yang mungkin kita biasa tertanya:
· Jika jemaah masjid sudah mula untuk mendirikan solat fardhu, perlu kah bagi kita solat sunat tahiyyatul masjid terlebih dahulu?
Apabila seseorang itu memasuki masjid dan sembahyang jemaah telah mula dilakukan, dia tidak perlu melakukan sembahyang Tahiyatul Masjid kerana Rasulullah s.a.w bersabda :
Maksudnya : Apabila sembahyang jamaah telah mula dilakukan maka tidak ada lagi sembahyang kecuali sembahyang fardhu.
· Bagaimana jika masuk itu terus duduk, masih bolehkan melakukannya?
Jika duduk itu dengan sengaja, maka tiada lagi disunatkan solat itu. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.
Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat. Adapun bagi orang yang tidak dapat mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid disebabkan dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca: (Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar) sebanyak 4 kali.
· Jika masuk ke dalam masjid dan didapati azan sudah berkumandang, bagaimana?
Bila azan sudah berkumandang, maka berdiri ia menjawab azan tersebut, kemudian melakukan solat sunat rawatib. Solat sunat rawatib itu dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan solat sunat tahiyatul masjid.
· Bolehkah dilakukan solat sunat tahiyatul masjid ini di tempat lain daripada masjid?
Tiadalah dibolehkan yang demikian seperti surau atau musolla (bilik solat). Hanya sanya yang dituntut untuk solat tersebut adalah pada bangunan yang dibina khusus sebagai masjid...
Waallahukhlam...
Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]