MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W





MUKJIZAT SEBELUM MASA KENABIAN


Ibu nabi Muhammad s.a.w, Aminah tidak pernah merasa sakit atau lelah seperti wanita lain yang mengandung.

Masa melahirkan nabi Muhammad s.a.w juga ibunya tidak merasa sakit hendak bersalin sehingga masa kelahiran.

Berhala yang ada di Kaabah tiba-tiba jatuh bersujud dan terdengar suara di dinding kaabah  
“Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir,
dan membersihkan diriku dari beberapa patung berhala ini,
kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.” 

Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan/bersunat. 

Usia 5 bulan nabi Muhammad s.a.w sudah pandai berjalan, 9 bulan sudah pandai bercakap. 

Semasa berumur 4 tahun nabi Muhammad s.a.w pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju putih semasa sedang bermain-main dengan kanak-kanak lain, mereka membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya serta membersihkannya dengan sejenis air.  

Peristiwa seperti itu juga terulang 50 tahun kemudian semasa peristiwa Isra' Mikraj. 

Pada masa kecil nabi Muhammad s.a.w pernah diajak ke pesta tradisi jahilliah iaitu pesta penyembahan berhala, dengan kuasa Allah swt semasa dalam perjalanan nabi Muhammad s.a.w terasa sungguh mengantuk dan tertidur di tengah-tengah perjalanan sehingga terlepas pesta tersebut. 

Nabi Muhammad s.a.w  tidak pernah menyembah berhala sepanjang hayatnya. 

Usia 12 tahun semasa sedang beristirahat di wilayah Bushra dari perjalanannya untuk berdagang bersama Abu Talib ke Syiria. 
Seorang Pendeta Bahira menceritakan bahawa kedatangan nabi Muhammad s.a.w itu diiringi dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari. 
Tanda-tanda kenabian yang ada pada tubuh nabi Muhammad s.a.w dapat dilihat dengan jelas oleh Pendeta itu walaupun orang lain tidak menyedarinya. 

Nabi Muhammad s.a.w  pernah memendekkan jarak perjalanan semasa pulang dari Syria,
perjalanan yang memakan masa 7 hari tetapi nabi Muhammad s.a.w telah sampai ke Mekkah hanya 1 hari. 



MUKJIZAT PADA MASA KENABIAN 


Ghaurat bin Harits iaitu musuh nabi Muhammad s.a.w semasa sedang menghunuskan pedangnya dileher Baginda, dengan hanya kalimah Allah telah membuat seluruh tubuh badan Ghaurat bin Harits menggeletar ketakutan. 

Pada satu peristiwa pernah menjadikan tangan Abu Jahal kaku.

Nabi Muhammad s.a.w  juga pernah dibantu Jin yang bernama Abdullah bin Abhar semasa dalam usaha dakwah baginda.

Menghilang diri dan menidurkan musuh.

Menghilang semasa hendak dibunuh oleh utusan Amr at Thufail dan Ibad bin Qays utusan dari Bani Amr pada tahun 9 Hijrah.

Menghilang semasa dilempari batu oleh Ummu Jamil,
bibi Muhammad ketika ia duduk di sekitar Ka’bah dengan Abu Bakar.

Menghilang semasa hendak dibunuh Abu Jahal ketika baginda sholat.

Menidurkan 10 pemuda Mekkah dengan taburan pasir yang merancang untuk membunuh baginda.

Binatang, tumbuhan, alam dan benda mati Seekor serigala berkata-kata kepada Muhammad.


Berkata-kata dengan unta yang lari dari pemilik kerana masyarakat disekelilingnya meninggalkan sholat Isya.


Berkata-kata dengan unta pembawa hadiah raja Habib bin Malik untuk membuktikan bahawa hadiah tersebut bukan untuk  Abu Jahal tetapi untuk Muhammad.


Mengusap kantung susu seekor kambing untuk mengeluarkan susunya yang telah habis.


Batang pohon kurma meratap kepada Muhammad.


Berhala-berhala runtuh dengan hanya ditunjuk oleh Muhammad.


Mendatangkan hujan pada musim kemarau tahun 6 Hijrah di Madinah.


Berbicara dengan gunung untuk mengelurkan air bagi Uqail bin abi Thalib yang kehausan.


Merubah emas hadiah raja Habib bin Malik menjadi pasir di gunung Abi Qubaisy.


Memerintahkan gilingan tepung untuk berputar dengan sendirinya.


Tubuh Muhammad memancarkan petir ketika hendak dibunuh oleh Syaibah bin Utsman pada Perang Hunain.



MAKANAN DAN MINUMAN



Makanan sedikit yang dapat  dimakan sebanyak 800 orang pada Perang KhandaqSepotong hati kambing cukup untuk 130 orang.


Makanan yang dimakan tidak berkurang malah bertambah tiga kali lipat.


Menjadikan beras merah sebanyak setengah kwintal yang diberikan kepada orang Badwi Arab tetap utuh tidak berkurang selama berhari-hari.


Menjadikan minyak samin Ummu Malik tetap utuh tidak berkurang walau telah diberikan kepada Muhammad.

Air memancar dari sela-sela jari.


Kemudian air itu untuk berwudhu 300 orang sahabat hanya dengan semangkuk air.



MENDOAKAN DAN MENYEMBUHKAN



Menyembuhkan betis Ibnu Hakam yang terputus pada Perang Badar , kemudian Muhammad meniupnya, lalu sembuh seketika tanpa merasakan sakit sedikit pun.


Mata Qatadah terluka pada Perang Uhud, sehingga jatuh dari kelopaknya, kemudian oleh Muhammad mata tersebut dimasukkan kembali dan menjadi lebih indah dari sebelumnya.


Mendo’akan untuk menumbuhkan gigi salah seorang sahabatnya bernama Sabiqah yang rontok sewaktu perang.


Menyembuhkan penyakit mata Ali bin Abi Thalib saat pemilihan pembawa bendera pemimpin dalam perang Khaibar.


Menyembuhkan luka gigitan ular yang diderita Abu Bakar dengan ludahnya saat bersembunyi di Gua Tsur dari pengejaran penduduk Mekkah.


Menyembuhkan tangan wanita yang lumpuh dengan tongkatnya.


Menyambung tangan orang Badwi yang tangannya putus setelah dipotong oleh dirinya sendiri setelah menampar Muhammad.



MUKJIZAT TERBESAR



Membelah bulan untuk membuktikan kenabiannya pada penduduk Mekkah.


Isra ke Masjidil Aqsa dari Masjidil Haram lalu Mikraj ke Sidratul Muntaha dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tanggal 27 Rajab tahun 11 Hijriah.


Menerima Al Quran sebagai Firman Tuhan terakhir padahal ia seorang yang buta huruf.

KUBUR NABI MUHAMMAD S.A.W

PAKAIAN DAN TONGKAT NABI S.A.W

SANDAL NABI S.A.W



PERISTIWA KHANDAQ,KEAJAIBAN DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH R.A

Bukhari dan Muslim serta lain-lainnya meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a tentang kisah penggalian Khandaq.
Ia berkata, “Aku melihat rasa lapar yang sangat pada diri Nabi S.a.w.

Aku segera mengeluarkan kuali yang di dalamnya ada satu takar gandum dan kami punya juga seekor haiwan kecil sebangsa anak kambing kacung.”

Dalam riwayat lain, dari Jabir disebutkan bahawa beliau berkata, “Sebelum Perang Khandaq kami menggali parit.
Dalam penggalian itu kami terhalang oleh batu yang sangat keras.

Mereka datang menemui rasul dan berkata, “ini adalah batu yang sangat keras yang menghalangi penggalian.”
“Aku akan segera turun,” sabda baginda S.a.w.

Dalam keadaan berdiri baginda menganjalkan perutnya dengan batu.

Selama 3 hari kami tidak akan merasai apa-apa.
Lalu tanah yang keras itu dipukul oleh nabi yang kemudian hancur berkeping-keping.

Sesudah itu aku berkata kepada Rasulullah S.a.w, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku pulang ke rumah.”
Baginda pun mengizinkan aku pulang.

Sampainya di rumah aku berkata kepada isteriku, “Aku melihat sesuatu pada diri nabi, yang bila saja aku melihatnya tentu aku tidak akan sabar. Apakah kamu mempunyai sesuatu?

“Aku punya gandum dan anak kambing betina,” jawab isteriku.
Anak kambing itu langsung aku sembelih dan gandumnya ku masak.

Dagingnya ku letakkan dalam periuk lalu aku menemui Rasulullah S.a.w. Isteriku berkata, “Janganlah kau membuatkan aku malu di hadapan Rasulullah dan orang-orang yang bersamanya kerana makanan yang dibawa hanya sedikit”.

Setelah bertemu aku berbisik pada rasul, Wahai Rasulullah S.a.w kami telah menyembelih haiwan kami dan memasak satu takar gandum kami. Kemarilah engkau bersama satu orang bersamamu, asal jangan lebih dari sepuluh orang.”
Dalam riwayat lain disebutkan, “Kami mempunyai sedikit makanan yang telah kami buat.
Kemarilah engkau wahai Rasulullah bersama seorang atau dua orang sahaja.”

Sabda baginda S.a.w, “Katakanlah kepada isterimu agar periuknya jangan diangkat dulu dari tungku begitu adunan rotinya sampai aku datang. ” Sesudah itu baginda melaungkan, “Wahai semua penggali parit, sesungguhnya Jabir telah membuat makanan.
Marilah semuanya segera ke mari!”
Setelah aku bertemu isteriku aku berkata kepadanya, Sungguh teruklah kamu, nabi datang bersama semua orang Ansar dan Muhajirin.”
“Apakah baginda bertanya berapa banyak makananmu?” tanya isteriku.
“Ya”, jawabku.
“Allah dan rasul lebih mengetahui. Kita membuat roti apa yang ada pada kita sahaja.”
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Jabir berkata, “Aku pulang ke rumah.

Rasulullah S.a.w pula datang bersama semua orang.

Isteriku mengeluarkan adunan roti, lalu baginda meludahi adunan itu lalu memberkatinya.

Kemudian rasulullah S.a.w menuju ke periuk kami, meludahinya dan berdoa agar diberkati. Sesudah itu, baginda bersabda kepada Jabir, “panggillah tukang pembuat roti agar dia membuatnya bersama isterimu.”
Baginda S.a.w juga bersabda kepada isteriku, “Ceduklah isi periuk ini, tetapi periuknya jangan engkau turunkan.”
Mereka datang bersama Rasulullah S.a.w seramai kira-kira seribu orang, didudukkan sepuluh-sepuluh, lalu mereka semuanya makan.

Aku bersumpah demi Allah, mereka semua dapat makan.

Aku bersumpah demi Allah, mereka semua dapat makan. Sampai akhirnya mereka meninggalkan makanan, maka periuk kami dan adunan roti kami masih seperti mula-mula tadi.

Baginda S.a.w bersabda, “Makanlah dan hadiahkanlah.” Sehingga pada hari itu kami dapat memakannya dan memberikannya kepada jiran tetangga.

Dan dalam riwayat lain disebutkan “Kami dapat makan dan memberikannya kepada tetangga.
Dan setelah Rasulullah S.a.w keluar, maka makanan itu pun habis pula.”  
Di ambil dari hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Dan peristiwa seakan-akan sama seperti di atas juga telah berlaku di rumah Thalhah r.a kemudiannya.
Bubur yang berkat

At Thabari meriwayatkan dalam Al Ausath dengan sanad yang Hasan, dari Abu Hurairah r.a ia berkata,
“Rasulullah S.a.w memanggilku seraya bersabda, “Pergilah ke rumah dan katakan kepada seisi rumah, “kemarikan makanan yang ada padamu”. 

Lalu mereka memberiku talam yang berisi bubur bercampur kurma, lalu ku bawakan kepada Rasulullah S.a.w. Sesudah itu baginda bersabda lagi, panggillah semua orang yang ada di masjid.”
Aku berkata dalam hati, “celakalah aku kerana ku lihat makanan ini terlalu  sedikit.
Benar-benar celakalah aku kerana bermaksiat dengan memanggil mereka, lalu mereka semua akan berkumpul.”

Nabi S.a.w meletakkan jari-jemarinya di atas makanan itu , meludahi setiap bahagiannya seraya bersabda,
“Makanlah dengan nama Allah! ”
Maka mereka pun makan sampai kenyang dan aku juga ikut makan hingga kenyang.
Sesudah itu aku mengangkatnya.
Ternyata keadaannya seperti keadaan asal.
Hanya sahaja di sana ada bekas jari-jari rasulullah S.a.w.


KEBERKATAN DALAM SUSU KAMBING

Abu Ya’la, At Thabrani, Hakim meriwayatkan dari Qais bin Abi Nu’man r.a berkata,
“Ketika Rasulullah S.a.w dan Abu Bakar pergi secara diam-diam,
mereka melewati seorang budak yang sedang mengembala kambing.
Rasul dan Abu Bakar meminta agar diberi susu perahan.”
“Aku tidak mempunyai seekor kambing pun yang dapat diperah.
Bahkan ada seekor anak kambing yang sudah tidak mendapatkan air susu lagi sejak awal pada musim kemarau ini, ” kata budak itu.

Rasulullah bersabda, “Panggillah dombamu itu.”

Lalu memegang kantung kelenjar susunya dan berdoa.

Abu Bakar datang sambil membawa bejana.

Rasul memerah susu, lalu diberikan kepada Abu Bakar,
memerah lagi lalu diberikan kepada pengembala,
lalu diperah lagi untuk meminumnya.

Sang pengembala bertanya kehairanan,
“Siapakah engkau ini? Demi Allah,
aku belum pernah melihat orang sepertimu.”

“Aku adalah Muhammad, Rasulullah,” jawab baginda S.a.w.

“Engkaukah yang dianggap Quraisy telah menimpakan malapetaka?”

“Memang itulah yang mereka katakan”

“Aku bersaksi bahawa engkau adalah seorang nabi.
Apa yang engkau bawa adalah benar.
Tidak ada yang dapat berbuat seperti yang engkau perbuat kecuali adalah seorang nabi.”


PERIGI YANG KERING KEMBALI BERAIR

Muslim meriwayatkan dari Salamah bin Al Aqwa’, ia berkata,
“Kami yang berjumlah seribu empat ratus orang tiba di Hudaibiyyah bersama nabi S.a.w.
Kami semua dan empat puluh ekor kambing yang dibawa tidak mendapatkan air.
Selanjutnya nabi S.a.w berjongkok di bibir bekas sebuah perigi.
Entah baginda berdoa atau meludah ke sana,
namun yang jelas tiba-tiba memancar air yang sangat deras.
Akhirnya kami dapat minum sepuas-puasnya,
begitu juga dengan kambing-kambing kami.”

Dan berbagai lagi peristiwa yang membuktikan tentang KEBENARAN Nabi Muhammad S.a.w sebagai seorang utusan dari Allah S.w.t.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...