Lambaian jihad....

Seminggu bersama Sheikh Raed Solah, tokoh perjuangan pembebasan al Aqsa adalah di antara saat dan detik kehidupan yang paling berharga buat saya dan juga teman yang mencintai jalan ini.

Sheikh al Aqsa telah mengajar dan mendidik saya akan apakah ertinya nilai kehidupan dan kemuliaan yang sebenar. Tempoh hayat yang semakin pendek ini hanyalah punyai erti apabila disempurnakan b
agi meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini.

Sheikh Raed Solah adalah Ketua Gerakan Islam Palestin-1948 (wilayah yang dipanggil sebagai Israel sekarang). Pada tahun 1996 beliau telah menjumpai terowong yang digali Zionis di bawah Masjid Al Aqsa yang telah meningkatkan perjuangannya bagi membela al Aqsa. Saban hari, bulan dan tahun beliau meneriak "Al Aqsa Dalam Bahaya" ke seantero dunia.

Menurut beliau, bahaya yang paling besar ialah tentang kealpaan umat Islam terhadap tanggung-jawab mereka terhadap masjid yang istimewa lagi mulia ini.

Beliau sanggup memilih penjara Israel sebagai rumahnya yang ke dua selain daripada siksaan dan ugutan bunuh disebabkan perjuangannya yang begitu ditakuti Israel ini.

Setiap kali berbicara, Sheikh al Aqsa ini berpesan agar semua umat Islam dan negara-negara Islam bergabung tenaga di atas permasalahan perdana umat ini.

Dengan risiko dibunuh dan kehilangan nyawa pada bila-bila masa, Sheikh Raed Solah terus berpesan terhadap isu yang sama dari hari ke hari. Saya meneliti lambaian beliau ini dengan perasaan yang bercampur-baur di antara semangat jihad dan juga dengan rasa sedih kerana berkemungkinan ini adalah pertemuan yang terakhir buat kebanyakan rakyat Malaysia dengannya....

Semoga Allah anugerahkan keputusan yang terbaik buat umat dan perjuangan bagi membela agama ini....










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...