Boikot itu BIDAAH ?

Boikot tidak sunnah? Nabi SAW tidak pernah memboikot musuh-musuhnya? Jadi boikot ini bid'ah le kalau gitu.



Kalau begitu saranan ulama seperti gesaan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi tidak menepati sunnah? Beliau dengan tegas mengatakan 'setiap rial dan dirham yang dibelanjakan untuk membeli barangan yang menyokong zionis Israel akan digunakan untuk membeli peluru yang akan membunuh saudara-saudaramu di Palestin!"

Sebelum kita menilai suatu itu sunnah atau sebaliknya, lihat dulu apa kewajipan kita sebagai muslim. Nabi SAW menegaskan 'umat Islam itu ibara satu tubuh, jika sebahagian tubuh merasda sakit maka seluruh tubuh akan merasa sakit dan tidak bolih tidur malam"

Tidak kah kita merasa apa-apa terhadap penderitaan yang ditanggung oleh saudara kita di Palestin. Mereka bukan sahaja diperangi, bahkan dikepung dan dikenakan pelbagai sekatan. Mari kita sama-sama hayati perintah Allah SWt ini:

Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau !".(QS 4:75).

Kewajipan kita yang asasi ialah berperang untuk mengeluarkan saudara-saudara kita dari penderitaan yang ditanggung akibat perbuatan musuh-musuh mereka, musuh kita dan lebih tepat MUSUH ALLAH. Kata kuncinya ialah MEMBELA saudara-saudara kita. Kalau kita tidak mampu menghunus senjata dan terjun ke medan tempur untuk MEMBELA mereka, apakah kita hanya menyaksikan sahaja mereka dan anak-anak mereka dibunuh didepan mata kita? Tidak! Sesekali tidak! Kita akan lakukan apa sahaja untuk membuatkan musuh menghentikan kezaliman dan penganiayaan tersebut. Kita akan berusaha untuk menghilangkan kesakitan tersebut dari batang tubuh mereka sebagaimana kita akan berusaha untuk menghilangkan kesakitan itu dari batang tubuh kita sendiri sekiranya kita yang berada ditempat mereka.

Mereka DIBOIKOT dalam makna perkataan BOIKOT YANG SEMPURNA! Mereka DIPERANGI dalam makna perkataan DIPERANGI SECARA SEMPURNA. Israel menggunakan pelbagai kaedah samada sah atau tidak sah dari sudut undang-undang untuk memerangi rakyat Palestin. Israel menggunakan pelbagai senjata samada yang dibenarkan atau diharamkan untuk membunuh rakyat Palestin.

Tiba-tiba kita YANG TIDAK BERMAYA untuk angkat senjata dan menghadapi musuh secara berhadap-hadapan, memutuskan satu kaedah yang amat ringan yang diserukan oleh para ulama sebagai tanda kita tidak rela kesakitan itu terus dideritai oleh mereka sebagai 'TIDAK SUNNAH'? Apakah kita sudah 'HILANG AKAL'. 

Apakah Boikot itu menyakitkan musuh-musuh kita? Berbanding kepungan dan serangan bertalu-talu yang ditimpakan ke atas saudara kita? Apakah boikot kita ke atas syarikat-syarikat yang menyokong Israel akan menyebabkan musuh-mush kita kebuluran dan diancam kematian? Tidak! Mereka tidak akan mati kesan dari boikot yang sama-sama didokong oleh orang yang beriman. Mereka hanya akan mengalami sedikit kerugian dunia, dan oleh kerana dunia ini matlamat mereka, maka boikot ini akan menyebabkan mereka menggelupur seperti cacing kepanasan. Kerana kita kenal musuh kita sebagai mana yang Allah SWT telah dedahkan kepada kita.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang berugama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!"
[7]
Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

Akhir kalam, bagi sesiapa yang menganggap boikot tidak ada dalam Islam, dan enggan menahan diri dari berbelanja dari Syarikat-syarikat yang menyokong Israel (atas alasan ianya bukan sunnah), maka pastikan anda penuhi apa yang anda anggap sunnah dalam menunaikan kewajipan bagi menamatkan penderitaan saudara-saudara kita di sana? iaitu berjihadf dengan harta dan jiwa (yang akan menyelamatkan kita dari azab yang pedih.. surah as-Saff).

Bagaimana anda hendak memenuhi tuntutan ayat ini menurut sunnahnya, terpulang kepada anda. Tetapi FORMULA umumnya ialah - 'Berbelanjalah untuk mereka supaya perbelanjaan itu akan mengeluarkan mereka dari penderitaan yang mereka tanggung dari musuh mereka dan musuh kita, jangan sekali kita berbelanja sehingga memberi ruang yang lebih luas kepada musuh untuk memperdalam penyeksaan dan kezaliman yang ditimpakan ke atas mereka'. Atau pastikan anda 'menggunakan tulang empat kerat anda dan kekuatan fizikal anda untuk mengeluarkan mereka dari penderitaan itu'. Jangan pula kita tetap berbelanja di syarikat-syarikat yang menyokong musuh (atas alasan ianya tidak sunnah atau apa sahaja alasan yang kita ada) dan kemudian kita tidak berbuat apa-apa. Ketika orang lain berbuat sesuatu untuk menyelamatkan rakyat Palestin (sebenarnya menyelamatkan diri dari azab yang pedih) kita hanya menyanggah 'Jangan boikot kerana ia bukan sunnah...'




Hafidzi Mohd Noor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...