Percayalah ! Pasti ada hikmahnya !




Suatu ketika dulu,hiduplah seorang Raja Afrika bersama seorang sahabat yang telah membesar bersamanya.Di saat menghadapi apa jua situasi,negatif atau positif , sahabat Raja suka dan selalu berkata." Itulah yang sebaiknya.Allah lebih Maha Mengetahui."

Suatu hari,Raja dan sahabatnya pergi berburu.Sahabatnya menyediakan semua peralatan perburuan,entah di mana silapnya salah satu dari senjata yang Raja itu gunakan tiba tiba menyebabkan Raja tertembak ibu jarinya dan akhirnya kehilangan jari tersebut.Sambil meniliti kesilapannya,sahabatnya berkata, " Itulah yang sebaiknya.Allah lebih Maha Mengetahui."
Raja merasa marah lalu mengarahkan pengiringnya menangkap dan memenjarakan sahabatnya itu.

Selepas setahun Raja kembali pergi berburu jauh ke luar kawasan jajahannya.Tiba tiba sekumpulan orang orang kanibal (orang yang memakan orang) muncul lalu menangkap Raja dan membawanya ke kediaman mereka. Mereka lalu mengikat tangannya dan menyalakan unggun api.Bila orang orang kanibal ini menghampiri unggun api, mereka baru perasan Raja tersebut tidak mempunyai ibu jari.Oleh kerana mereka berfikiran kolot dan percaya kepada perkara karut marut, maka mereka menolak untuk makan anggota tubuh yang tidak lengkap atau cacat.

Maka Rajapun dibebaskan.Sesampai di istana Raja teringat insiden yang telah berlaku mengenai ibujarinya dan ia terus menyesali layanannya terhadap sahabat karibnya sendiri.Dengan segera dia melawat sahabatnya dan berkata kepadanya," Awak betul,adalah lebih baik saya kehilangan ibu jari saya." Raja terus menceritakan pengalamannya bersama orang orang kanibal. " Maafkan saya kerana telah berbuat silap memenjarakan awak dalam tempoh yang agak lama.Itu adalah kesilapan saya yang paling besar." Sahabatnya lalu berkata," Tidak sahabatku, itu adalah satu keputusan yang baik sebab Allah lebih Maha Mengetahui." Raja bertanya," Apa maksudmu sahabatku, bagaimana ia boleh jadi keputusan yang baik sedangkan saya telah mengarahkan anda supaya dipenjarakan dalam jangkamasa yang lama? Sahabatnya kembali menjawab," Ingatlah....bahawa Allah lebih Maha Mengetahui dan seandainya saya tidak dipenjarakan pasti saya telah berburu bersama dengan awak dan awak boleh menduga apa yang akan terjadi kepada saya."

Pengajaran dari cerita :

1. Jangan terlalu cepat menghakimi sesuatu fakta atau kejadian. Allah Maha Berkuasa, Maha Agung, Maha Bijaksana dan Lebih Maha Mengetahui. 
2. Jika kita dihadapkan dengan situasi yang kurang baik, kita cepat membuat reaksi dengan berkata, " Ini tidak baik atau tidak sepatutnya," tetapi kita tidak tahupun akan hikmah di sebaliknya.Mungkin itu akan menjadi satu kebaikan untuk anda.
3. Mulai sekarang, andai kita berhadapan dengan sebarang situasi yang kurang menyenangkan, jangan terus membuat kesimpulan.
4. Hidup ini satu ujian, baik buruk sesuatu semuanya ada alasan atau bersebab.Kadangkala minda dan hati kita memang tidak bersedia untuk memahami setiap alasan atau hikmah yang tersembunyi.

Bersama kita renung renungkan sambil fikir fikirkan.....Insya'Allah.

" Allah Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan semua urusan." [ QS:Al-Hajj : 76]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...