Terjadilah sebuah kisah, seorang lelaki yang berusia 70 tahun yang sedang menghidap penyakit mata sehingga tidak boleh melihat untuk beberapa hari. Apabila kesakitannya sudah tidak tertanggung lagi, maka dia mengambil keputusan utnuk berjumpa dengan doktor.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor menasihatkannya agar melakukan pembedahan. Lelaki itu bersetuju tanpa merasa ragu ragu.
Selepas pembedahan berjaya, doktor datang kepada lelaki itu untuk memberi senarai ubat untuk perawatan dan juga bil rawatan untuk dibayar.
Bila melihat bil tersebut, lelaki itu tiba tiba menangis. " Kenapa awak menangis?", tanya doktor. Kalau bil rawatan terlalu tinggi kami boleh kurangkan agar awak mampu untuk membayarnya, tambah doktor itu lagi.
Saya bukan menangis kerana bil ini, tetapi saya menangis kerana Allah SWT telah meminjamkan selama 70 tahun mata untuk saya melihat tapi Dia tidak pernahpun hantar sebarang bil untuk bayaran pinjaman-Nya itu. Betapa malunya saya dengan Allah. Lelaki itu terus menangis sehingga doktorpun turut sama merasa hiba dan insaf.
Pengajaran dari cerita :
Kita selalu mendapat nikmat yang kita perlukan dalam kehidupan tapi kita lupa untuk 'BERTERIMAKASIH' kepada Allah sebaliknya selalu menyalahgunakan segala nikmat yang Allah beri.
Diberi sedikit ujian kita terus mengeluh sedangkan nikmat lain yang tidak terhitung seakan akan kita lupakan.
" Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." [ QS : Ibrahim : 34 ]