Soalan,
Fulan1: Setiap benda ada penciptanya, misalnya sebuah kerusi,
Pencipataannya daripada kayu,
Dan kayu berasal daripada pokok,
Sedangkan pokok diciptakan oleh Allah,
Oleh itu, ALLAH diciptakan oleh siapa pula???
Persoalan yang selalu bermain di fikiran oleh manusia kini @ logic thinkers…
Jawapannya,
Fulan 2: Andainya sebuah komputer rosak, dan kita tidak dapat bertemu dengan penciptanya, dengan apakah kita merujuk??
Fulan 1: buku manual kan disediakan.
Fulan 2: ok, sekarang komputer dah dapat baiki, dengan jasa apakah ia dapat dibaiki?
Fulan 1 : buku manual tu ,…
Fulan 2: kenapa??? Sebab pencipta buku manual tu tahu semuanya kan…
Ok…. Settle bab komputer.
Fulan 2: siapakah pencipta formula lampu?
Fulan 1: Thomas Edisson
Fulan 2: sekarang kita tengok …. Semua rumah pakai lampu.
Tapi….. suatu hari 1 dunia, tiada sebarang lampu pun yang boleh hidup.
Dengan siapa kita nak rujuk??
Fulan 1: pakar elektrik @ pencipta lampu2 seantero dunia.
Fulan 2: then… diorang nak rujuk sape pula?
Fulan 1: ehm…. X tau
Fulan 2: mestilah, at the end, diorang mesti akan rujuk semula formula Thomas edisson tu kan?
Fulan 1: ehm… ha’ah
Fulan 2: iyelah, manatau sebenarnya formula tu, sebenarnya x boleh digunakan untuk situasi sekarang… wallahua’lam.
Fulan 2: kite balik semula bab kerusi tadi.
Fulan 1: at the end penciptanya Allah.
Fulan 2: mana tau??
Fulan 1: sebabnya semua tahu, mmg Allah yang ciptakan pokok, manusia mana mampu.
Fulan 2: lagipun, dalam Al-Quran banyak terangkan tentang pokok.
Love letter Allah (al-Fath :29)
[29]Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar
Sedangkan Al-Quran datangnya dari Allah. Jadi jelaslah Allah pencipta pokok kan?
Fulan 1: ha’ah.
Fulan 2: ok, sekarang, siapa pula yang menciptakan Allah?
Fulan 1:tak tahu?
Fulan 2: semestinya xdlah, sebabnya “Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan”
Fulan 1: love letter Allah al-Ikhlas ayat 3
Fulan 2: siapakah yang lebih tahu tentang Allah?
Fulan 1: Para nabi @ Nabi Muhammad SAW…
Fulan 2: ye ke… kalau macam tu, ingat lagi antara kisah Rasulullah bersama pakciknya yang ingkar.
Rasulullah SAW berdoa pada Allah agar pakciknya memeluk Islam, agama yang benar.
Then, Allah menegur bahawa hidayah itu hanya milikNya dan Dia berhak untuk beri kepada sesiapa.
Love letter Allah (Al-Ana’m :125)
“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.”
Oleh itu, siapakah yang lebih tahu tentang Allah??
Fulan 1 : ehm…. Xd sesiapa.
Fulan 2: itu sebabnya…. Allah Maha Tahu.
Fulan 2: sama juga kisahnya,
Andai sebiji mineral baru dijumpai dan tiada sesiapa manusia yang tahu tentangnya.
Seorang researcher tampil untuk buat kajian, dan menamakan mineral itu sempena namanya. Oleh itu, orang ramai tahu bahawa dia yang buat kajian tentang mineral tersebut dan dia yang banyak tahu tentang mineral tersebut. Jika ada masalah berkaitan mineral tersebut orang akan merujuk kepadanya semula.
Tapi… perlu kita sedar, andai kita kaji, setiap perkara akan bermula dan berakhir denganNya.
Ini menunjukkan Allah Maha Awal dan Maha Akhir. Tambahan, hanya kepadaNya jualah kita layak meminta, dan merayu kerana hanya Dialah yang Tahu segalaNya.
Wallahua’lam
P/S :
1. x salah untuk berfikir luar dari kotak fikiran, cuma akal kita punyai had jika ingin dibandingkan dengan ilmu Allah. takutnya,,, syaitan lebih bijak menguasai akal yang lemah ini. minta petunjuk daripadaNya dan orang yang a'lim jua.
2.setiap perkataan2 hanyalah dari insan yang cetek agamanya, maaf di atas segala salah silap.
wallahuata'ala a'lam
RS