Projek 1001 kembali mengingatkan sejarah 1000 tahun warisan Islam yang dilupakan.
Penemuan 1001 di Pameran Muzium Sains London mendedahkan banyak perkara yang menegaskan kembali sumbangan peradaban non-barat,
seperti kerajaan Islam yang suatu waktu dahulu pernah meliputi Sepanyol dan Portugis,
Itali selatan dan terbentang seluas daratan China.
Inilah sebahagian penemuan Islam yang luar biasa:
1. Operasi Bedah
Sekitar tahun 1000,
seorang doktor Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia berilustrasi tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan pakar perubatan selama lebih dari 500 tahun.
Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan,
sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka.
Dia juga yang dilaporkan melakukan operasi caesar dan menciptakan sepasang alat penyepit untuk pembedahan.
http://www.sciencemuseum.org.uk/broughttolife/people/albucasis.aspx
2. Kopi
Ketika ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi,
kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9.
Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam.
Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan.
Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki,
tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah,
kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.
3. Mesin Terbang
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membuat sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya.
Di abad ke-9 dia melakarkan sebuah perangkat sayap dan secara khusus membentuk seperti kostum burung.
Dalam percubaannya yang terkenal di Kordova Sepanyol,
Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya.
Reka bentuk yang dibuatnya menjadi inspirasi bagi seniman Itali Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.
4. Universiti
Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Moroko.
Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1200 tahun kemudian.
Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahawa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.
5. Aljabar
Kata aljabar berasal dari judul kitab ahli matematik terkenal Persia abad ke-9
‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’,
yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’.
Membangun akar sistem Yunani dan Hindu,
aljabar adalah sistem pemersatu untuk nombor rasional,
nombor tidak rasional dan gelombang magnitud.
Al-Khwarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.
6. Optik
“Banyak kemajuan penting dalam pelajaran optik datang dari dunia Islam.
Di antara tahun 1000 Ibn al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata,
mengacuhkan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri.
Ahli Fizik hebat muslim lainnya juga menemukan fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.
Tahukah kamu asal-usul perkataan KAMERA?
Camera berasal dari perkataan arab "QAMRAH"
Tahukah kita...
siapakah sebenarnya insan pertama yang mengkaji dan mencipta kamera?
saintis pertama di dunia yang menciptakannya ialah IBN AL-HAYTHAM...
7. Muzik
Muzik muslim memiliki pengaruh signifikan di Eropah.
Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah lute dan rahab,
nenek moyang biola.
Skala angka-angka moden atau kod-kod muzik moden juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.
8. Berus Gigi
Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600.
Menggunakan ranting pohon Miswak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas.
Bahan kandungan di dalam Miswak juga digunakan dalam ubat gigi moden.
9. Engkol
Banyak dasar sistem automatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam,
termasuk pemutar yang menghubungkan sistem.
Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus,
pemutar memungkinkan objek yang berat terangkat relatif lebih mudah.
Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12,
kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini
10. Penemuan Sabun di Dunia Islam
Salah satu penemuan penting yang dicapai umat Islam di era keemasan adalah sabun.
Sejak abad ke- 7 M, umat Islam telah mengembangkan sebuah gaya hidup higienis yang mutakhir.
Menurut Ahmad Al-Hassan dalam bukunya berjudul,
Technology Transfer in the Chemical Industries,
kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin), Kufah (Iraq), dan Basrah (Iraq) telah menjadi pusat industri sabun.‘
’Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari peradaban Islam,’’
Sabun yang terbuat dari minyak sayuran,
seperti minyak zaitun serta minyak aroma,
pertama kali dihasilkan para ahli kimia Muslim di era kekhalifahan.
Salah seorang sarjana Islam yang telah mampu menciptakan formula sabun adalah Al-Razikimiawan berasal dari Persia.
‘’Hingga kini, formula untuk membuat sabun tak pernah berubah.
Sabun yang dibuat umat Islam di zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi.
Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun basuh tangan.
Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur kumis dan janggut.
Harga sabun pada tahun 981 M berkisar tiga Dirham (koin perak) atau setara 0,3 Dinar (koin emas).
Resepi pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang doktor terkemuka dari Andalusia Sepanyol Islam bernama Abu Al-Qasim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).
11. ROBOT
Patung-patung bergerak al-Jazari
http://en.wikipedia.org/wiki/Robot
Banyak yang menyangka Robot pertama diciptakan oleh Leonardo da Vinci di tahun 1495.
Tapi lihat ini di Wikipedia.
Di tahun 1206, seorang ilmuwan bernama Al-Jazari sudah menciptakan sebuah ”mesin” yang boleh bergerak-gerak menggunakan tenaga air berbentuk manusia.
Ini, adalah salah satu Robot pertama dalam sejarah manusia.
Khususnya adalah robot pertama yang diprogram secara mekanis,
the first programmable humanoid robots.
Robot-robot ini berbentuk musisi yang secara automatik boleh memainkan alat muzik bila dihidupkan.
Lihat di Wikipedia : Robot, History of Robots.
Para ilmuwan Islam sudah membuatnya 200 tahun sebelum Leonardo Da Vinci di lahirkan.
12. Formula graviti universal
Penemuan "Hukum Graviti Universal" oleh Newton (Principia, 1687) dianggap sebagai salah satu puncak tertinggi dari seluruh peningkatan kecerdasan spesies manusia.
Tapi lihat juga ini di Wikipedia.
http://en.wikipedia.org/wiki/Mu%E1%B8%A5ammad_ibn_M%C5%ABs%C4%81_al-Khw%C4%81rizm%C4%AB
Seorang ilmuwan Islam bernama Muhammad Ibn Musa di abad 9 sudah menciptakan hipotesis akan adanya suatu Daya Tarik raksasa dalam pergerakan benda-benda luar angkasa.
Ilmuwan Islam bahkan sudah mendahului Newton.
13. Angka 0, 1-9
Bayangkan saja angka-angka 0, 1 - 9 yang sekarang digunakan di seluruh dunia.
Angka-angka ini diperkenalkan pertama kalinya oleh ilmuwan Islam.
Nama ilmuwan genius itu adalah Al-Khawarizmi.
Dia juga menciptakan sistem penghitungan aljabar,
yang dalam bahasa Inggeris antarabangsa dikenal sebagai Algebra,
yang diambil dari judul buku Al-Khwarizmi,
Hisab al-jabr w’al-muqabala.
Al-Khwarizmi dianggap sebagai Bapa Aljabar Dunia.
Dan Algorithma (algorithm) yang tentu menjadi inti flowchart pemecahan masalah dan sistem sebuah program komputer,
berasal dari nama Al-Khwarizmi.
Al-Khawrizmi adalah seorang genius yang merubah seluruh dunia.
***
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Muslim_scientists
http://metaexistence.org/timeline1.htm
By: Classic Berbisik