Sebuah mahligai anai-anai...
Pelajaran daripada ciptaan Tuhan yang bernama anai-anai.
1-Anai-anai adalah sejenis serangga ciptaan Allah yang sangat hebat. Mereka sentiasa tekun bekerja tanpa mengenal penat di dalam mencapai misi dan visi perjuangan hidup mereka.
2-Anai-anai tidak bergaduh mengenai siapa buat kerja kurang atau pun kerja lebih. Bahkan kerja mereka terfokus kepada bidang tugas yang ditetapkan oleh kepimpinan jamaah anai-anai iaitu ratu anai-anai. Walaupun ramai orang yang tidak menyukai dan cuba untuk menghapuskan mereka, survival anai-anai adalah sesuatu yang hampir pasti disebabkan kesungguhan mereka untuk hidup dan berkembang dengan strategi yang ditentukan oleh ratu.
3-Ratu anai-anai dan barisan kepimpinannya akan sentiasa ditaati oleh pengikutnya yang berada di bawah sistem pentadbiran dan pengurusan yang satu sekali pun mahligai atau wilayah mereka semakin membesar seolah-olah wujudnya sebuah empayar yang hebat.
Namun ada 3 pelajaran yang perlu dipelajari daripada anai-anai.
1-Kewujudan anai-anai tidak disukai oleh mana-mana tuan rumah terutamanya kalau rumah mereka diperbuat daripada bahan yang tidak 'immune' kepada serangan anai-anai. Anai-anai akan cuba dihapuskan sebelum ianya membiak dan menyebabkan kerosakan yang lebih besar. Kesilapan tuan rumah yang lambat mengawal anai-anai boleh menyebabkan keseluruhan yang besar kepada rumah tersebut. Satu pilihan lain yang boleh diambil oleh anai-anai ialah membina mahligainya sendiri jauh-jauh tanpa mengganggu atau mengambil alih rumah yang telah dibina oleh tuan rumah tersebut.
2-Walau bagaimana besar dan cantiknya mahligai yang dibina oleh anai-anai, umum mendapati bahawa binaan mereka bukanlah binaan yang kuat kerana tidak menggunakan bahan yang solid dan strukturnya agak mudah untuk dihancurkan oleh musuh-musuh mereka. Sudah lama ratu dan kabinet anai-anai memikirkan tentang kelemahan institusi mereka namun mereka terpaksa akur dengan taqdir Ilahi dan pasrah dengan ketentuan daripadaNya.
3-Kerja dan hobi anai-anai ialah membina, memperbaiki dan membesarkan rumah atau mahligai mereka (biasanya dipanggil busut anai-anai). Mereka begitu terfokus sehingga misi dan visinya adalah rumah, rumah dan rumah ! Jadi manusia yang beragenda besar tidak akan menghabiskan masa, duit, tenaga, fikiran dan kehidupannya untuk rumah, rumah dan rumah seperti jemaah anai-anai ini.
By : Dr Zainur Rashid Zainuddin