Dari kitab Fadhilat Amal

1. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi dia masih berketawa.



2. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa satu hari dunia ini akan binasa tetapi dia masih terpesona kepada dunia.

3. Aku hairan terhadap sikap orang yg mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut ketetapan Allah s.w.t. tetapi masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan terhadap sikap orang yang yakin bahawa dia akan dihisab di akhirat nanti tetapi masih mengumpul harta kekayaan.



5. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka tetapi dia masih melakukan maksiat.

6. Aku hairan terhadap sikap orang yang kenal Alllah s.w.t tetapi dia masih mengingati selainNYA.

7. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga tetapi masih mencari keseronokan dengan kemewahan dunia.

8. Aku hairan terhadap sikap orang yang menganggap syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...