MENANGISLAH KERANA ALLAH

Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua
(jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang
menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur
berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi). Dalam satu hadith yang lain: “Wajah
yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau
bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.”Bukan
sahaja wajah yang terselamat, tetapi seluruh badannya dan orang itu
ialah ahli syurga. Airmata memberi syafaat kepada tuannya di hari
kiamat dengan izin Allah.
Menangislah kerana Allah. Pelepah tamar dan buraq pun menangis. Pelepah
tamar menangis kerana Nabi tidak lagi menggunakan sebagai mimbar
masjid, akhirnya dimasukkan ke dalam syurga. Bura’ menangis kerana
takut nabi tak pilih dia jadi tunggangan.
Pelepah tamar menangis


Jabir
RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadith Bukhari, “Nabi SAW
selalu bersandar pada sebatang pohon tamar, ketika menyampaikan khutbah
Jumat, Sayyidina Abu Bakar mencadangkan agar dibina mimbar yang baru.
Nabi SAW bersetuju dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga
dibangun. 
Ketika
Nabi SAW duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, para Sahabat
mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil. Nabi SAW
mendekati pelepah kurma yang sedang menangis ini dan bertanya kenapa ia
menangis. Pelepah tamar tersebut mengatakan ia menangis kerana ia tidak digunakan lagi untuk mengingat Allah SWT.Rasulullah saw kemudian
menyuruh agar dikafankan pelepah tamar dan mengatakan bahawa ia akan
dibangkitkan di dalam syurga. Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga
yang berasal dari dunia.

Buraq menangis
Semasa
peristiwa Israk Mikraj, Allah swt menyuruh Malaikat Jibrail memilih
seekor Buraq untuk dijadikan tunggangan Baginda naik ke langit.
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang
bersenang-lenang di Jannatu Adnin (taman Syurga) dan di wajah
masing-masing terdapat nama Muhammad. Jibril bertanya kepada Allah,
buraq manakah yang harus dipilih kerana semuanya elok, maka Allah
menyuruhnya memilih Buraq yang menangis. 

Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang
sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq
itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq? “Berkata buraq,
“Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40
tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku
sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum
lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”Berkata Jibrail A.S.,
“Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.”
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan
membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah
yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj. 
Para Nabi dan umatnya juga menangis 


Nabi Adam adalah nabi yang paling banyak menangis, beratus-ratus tahun
lamanya setelah dikeluarkan dari syurga. Nabi Yaakob juga menangis
selama 80 tahun setelah kehilangan anaknya, Nabi Yusuf. Selain itu,
umat Nabi Muhammad juga menangi seperti para wali iaitu Hassan Al-Basri
dan Ali Zainal Abidin, anak kepada Sayyidina Hussin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...