Saya Tahu Saya...




Saya tahu saya berdakwah tidak sehebat anda,
Saya tahu saya beramal tidak sebanyak anda,
Saya tahu saya bergaya mungkin tidak sealim anda,
Saya tahu saya khilaf lebih berbanding anda.
Saya tahu saya hanya muslim, bukan mukmin seperti anda.
Saya tahu saya menyokong pihak yang tidak sesempurna pihak anda, 
Saya tahu saya berbeza ideologi dengan anda,
Saya tahu saya dipinggirkan kerana saya melawan pegangan anda,
Saya tahu saya sukar untuk sertai jemaah anda.

Saya tahu ada yang memandang serong saya kerana politik tidak sama dengan anda,
Saya tahu ada yang memperlekeh usaha saya menyebarkan risalahNya, 

Kerana apa ?
Kerana saya berbeza pendapat dengan anda dalam banyak perkara,
Kerana saya tidak kelihatan seperti pendakwah,
Kerana saya menulis pendapat saya yang anda tidak suka,
Kerana saya memperjuangkan bangsa saya,
Kerana saya sering membangkitkan isu yang anda rasa saya pasti salah.

Tetapi adakah ini,
Menjadi penghalang untuk diri,
Berdakwah seikhlas hati,
Untuk agama sendiri,
Untuk anak bangsa sendiri,
Untuk tanah air sendiri ?

Teguran ini bukan untuk menyalahkan anda,
Teguran ini untuk mereka yang terasa,
Jika anda pernah melakukan sedemikian rupa,
Maka berhenti sebelum umat semakin alpa,
Dengan gajah yang ada di depan mata,
Tidak ada perkara yang lebih berkuasa,
Melainkan bersatu padu semata,
Demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...