Menurut sejarah, amalan bersalam dalam Islam adalah tradisi kaum Yaman pada zaman pra-Islam yang kemudiannya tersebar mengikut perluasan empayar Islam. Tujuan perlakuan salam pada zaman dahulu adalah untuk membuktikan bahawa seseorang itu datang secara aman, tidak bersenjata. Melalui salam, kita boleh mendapat gambaran mengenai hubungan yang bakal dilalui dengan orang yang disalam. Ia juga dapat menunjukkan ciri-ciri atau perangai seseorang itu.
1. Ada yang mengatakan orang yang mempunyai tapak tangan besar, seorang yang terurus dan bekerja mengikut kaedah.
2. Orang yang bertapak tangan kecil pula mempunyai perancangan yang besar, mempunyai visi dan imaginatif serta tidak gemar kerja bersistem.
3. Jari yang panjang pula menunjukkan orang itu mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan dan kurang aktif.
4. Yang berjari pendek pula dikatakan agak panas baran, periang, materialistik dan suka mengawal.
5. Tangan yang berpeluh menunjukkan orang itu jenis yang tidak bermuka-muka.
6. Genggaman yang kuat menunjukkan orang itu suka mengongkong.
7. Jika yang menggenggam hanyalah jari, menunjukkan orang itu kurang yakin dengan hubungan yang terjalin.
Share from EPML