"Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya di sisi manusia."
-Imam Syafie-
Sifat suka memaafkan adalah perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci dan murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalh hasil dorongan keadaan hatinya kepada Allah. Dia memahami dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi daripada melakukan kesalahan sama ada...