Beliau merupakan isteri nabi Muhammad s.a.w. yang pertama.
Sebelum berkahwin dengan baginda,
beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik serta mempunyai empat orang anak daripada suaminya dahulu,
dua dengan suaminya yang pertama bernama Atiq,
iaitu Abdullah dan Jariyah,
dan dua lagi dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.
kedua suaminya sudah meninggal dunia sehingga menyebabkan Khadijah menjadi janda.
Lima belas tahun setelah bernikah dengan Khadijah,
Nabi Muhammad SAW pun diangkat menjadi Nabi, yaitu pada usia 40 tahun.
Khadijah meninggal pada tahun 621 A.D,
dimana tahun itu bertepatan dengan Mi’raj Nabi Muhammad SAW ke langit.
Nabi SAW sangatlah mencintai Khadijah.
2) SA`UDAH BINTI ZAM`AH:
Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Saudah setelah wafatnya Khadijah 3 tahun.
Saudah adalah seorang janda tua.
Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr.
Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah.
Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah,
maka nabi Muhammad s.a.w. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.
Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr.
Riwayat lain menyatakan upacara dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr.
Mas kahwinnya ialah 400 dirham.
Selain itu, beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya.
Contohnya pada suatu hari, Saudah mengatakan kepada suaminya iaitu semasa beliau sedang sujud,beliau tidak dapat menahan sakit kerana hidungnya selalu tertekan kuat di atas lantai yang ketika itu Rasulullah sedang sujud dengan begitu lama.
Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.
3. AISYAH BINTI ABU BAKR AS SIDDIQ:
Seorang perempuan bernama Kholeah Bint Hakim menyarankan agar Nabi SAW menikahi Aishah, puteri dari Abu Bakar khalifah islam yang pertama,
dengan tujuan agar mendekatkan hubungan dengan keluarga Abu Bakar.
Waktu itu Aishah sudah bertunang dengan Jober Ibn Al Moteam Ibn Oday,
yang pada saat itu adalah seorang Non-Muslim.
Orang-orang di Mekah tidaklah keberatan dengan perkahwinan Aishah,
walaupun masih muda,tapi Aisyah sudah cukup dewasa untuk memahami tentang tanggungjawab didalam sebuah perkahwinan.
Nabi Muhammad s.a.w bertunang selama 2 tahun dengan Aishah sebelum bernikah dengannya.
Dan bapa Aishah, Abu Bakar pun kemudian menjadi khalifah pertama setelah Nabi s.a.w wafat untuk menguruskan hal ehwal umat islam.
4) HAFSHAH BINTI UMAR AL KHATTAB R.A.:
Hafsah adalah puteri kepada Umar, khalifah islam yang kedua.
Pada mulanya, Umar meminta Usman mengahwini anaknya, Hafsah.
Tapi Usman menolak kerana isterinya baru meninggal dunia dan dia belum bersedia untuk berkahwin lagi.
Umar pun pergi menemui Abu Bakar yang juga menolak untuk mengahwini Hafsah.
Akhirnya Umar pun mengadu akan halnya kepada nabi s.a.w bahawa Usman dan Abu Bakar tidak mahu menikahi anaknya.
Nabi s.a.w pun berkata pada Umar bahawa anaknya akan menikah demikian juga Usman akan menikah lagi.
Akhirnya, Usman mengahwini anak Nabi s.a.w yaitu Umi Kaltsum,
dan Hafsah sendiri menikah dengan Nabi s.a.w.
Hal ini membuat Usman dan Umar gembira.
5) ZAINAB BINTI KHUZAIMAH:
Suaminya terbunuh pada peperangan UHUD,
meninggalkan dia yang miskin dengan beberapa orang anak.
Dia sudah tua ketika nabi s.a.w mengahwininya.
Dia meninggal dunia 3 bulan setelah perkahwinannya dengan nabi s.a.w. yaitu pada tahun 625 A.D
6. UMMU SALAMAH HINDUN BINTI UMAYYAH:
Ummu Salamah ialah seorang janda tua mempunyai 4 orang anak dengan suami pertama yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad.,
Suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu lalu nabi Muhammad s.a.w. melamarnya.
Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usia tuanya.
Dia saat itu dia telah pun berumur 65 tahun.
Alasan umur turut digunakannya ketika menolak lamaran Abu Bakar dan Umar al Khattab.
Lamaran kali kedua nabi Muhammad s.a.w. barulah diterimanya.
7. ZAINAB BINTI JAHSY:
Dia adalah puteri ibu saudara Nabi Muhammad s.a.w, Umamah binti Abdul Muthalib.
Pada awalnya Nabi Muhammad s.a.w sudah mengatur agar Zainab mengahwini Zaid Ibn Haritha Al Kalby.
Namun perkahwinan mereka tidak lama,
dan nabi s.a.w pun menerima wahyu bahawa jika Zaid dan Zainab bercerai Allah memerintahkan agar nabi s.a.w mengahwini Zainab..
Lihat surah Al Ahzab 33:37).
8. JUAYRIAH BINT AL-HARITH:
Suami pertamanya adalah Masafeah Ibn Safuan.
Nabi Muhammad s.a.w menghendaki agar kelompok dari Juayriah (Bani Al Mustalaq) menerima Islam. Juayriah menjadi tahanan ketika Islam memenangi peperangan Al-Mustalaq (Battle of Al-Mustalaq). Ayah Juayriah datang berjumpa Nabi s.a.w dan memberikan wang sebagai penebus anaknya, Juayriah.
Nabi s.a.w pun meminta ayah Juayriah agar membiarkan Juayriah untuk memilih.
Ketika diberi hak untuk memilih,
Juayriah menyatakan ingin memeluk islam dan menyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah yang terakhir.
Akhirnya Nabi s.a.w pun mengahwininya, dan Bani Almustalaq pun memeluk islam.
9. SAFIYYA BINT HUYAYY:
Safiyah ialah anak kepada Huyay seorang yahudi,
ketua puak Bani Quraizah iaitu dari keturunan Nabi Harun a.s
Dia pernah bernikah dua kali sebelumnya,
dan kemudian bernikah dengan Nabi s.a.w.
10. UMMU HABIBA BINT SUFYAN:
Ummu Habibah seorang janda.
Suami pertamanya adalah Ubaidullah bin Jahsyin al-Asadiy.
Ummu Habibah dan suaminya Ubaidullah pernah berhijrah ke Habsyah.
Ubaidullah meninggal dunia ketika di rantau dan Ummu Habibah yang berada di Habsyah (Ethopia) kehilangan tempat bergantung.
Melalui Raja al Najashi, nabi Muhammad s.a.w. melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham,
dibayar oleh Raja al Najashi bagi pihak nabi.
Dia sebenarnya bernikah dengan nabi s.a.w pada 1 AH,
tapi barulah pada 7 A.H berpindah dan tinggal bersama Nabi s.a.w di Madinah,
ketika itu umur nabi 60 tahun dan dia 35 tahun.
11. MAYMUNAH BINT AL-HARITH:
Dia masih berumur 36 tahun ketika menikah dengan Nabi Muhammad s.a.w yang sudah 60 tahun.
Suami pertamanya adalah Abu Rahmah Ibn Abed Alzey.
Ketika Nabi s.a.w membuka Mekah di tahun 630 A.D, dia datang menemui Nabi s.a.w,
memeluk Islam dan meminta agar Rasullullah s.a.w mengahwininya.
Akibatnya, banyaklah orang Mekah merasa terdorong untuk menerima Islam dan nabi s.a.w.
12. MARIA AL-QABTIYYA:
Dia mulanya adalah orang yang membantu menangani permasalahan dirumah Rasullullah s.a.w yang dihantar oleh Raja Mesir.
Dia sempat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim.
Ibrahim akhirnya meninggal pada umur 18 bulan.
Tiga tahun setelah menikah, Nabi s.a.w wafat,
dan Maria akhirnya meninggal 5 tahun kemudian, tahun 16 A.H.
Waktu itu, Umar bin Khatab yang menjadi Imam solat Jenazahnya,
dan kemudian dimakamkan di perkuburan Al-Baqi.
sudah tahukan, hanya satu isteri nabi yang masih gadis perawan,
yang lain-lain kebanyakannya adalah janda - janda dan kebanyakan mereka adalah tua dan miskin.
apakah anda masih berminat dan sanggup berpoligami..?
Allah tidak melarang kita untuk berpoligami,
tetapi kita kenalah bersikap adil dengan isteri-isteri kita nanti..
Jika kita takut yang kita tidak sanggup untuk berlaku adil terhadap wanita-wanita yang ingin kita nikahi maka kita hanya dibenarkan untuk berkahwin hanya seorang sahaja..
Dan berikanlah kepada anak-anak yatim harta mereka,
jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu.
Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu,
adalah dosa yang besar.
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil,
maka (kawinilah) seorang saja,
atau budak-budak (hamba) yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
Berikanlah maskawin kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.
Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.
*Quran - Surah An Nisa : 2 - 4 *
Classic Berbisik