APA KHABAR 10 RAMADHAN TERAKHIR?

Adakah semangat Ramadhan kita ketika ini sama seperti awal ramadhan? Sesungguhnya, pada hari-hari ramadhan terakhir inilah semakin banyak dugaan yang datang dalam ibadat seharian samaada yang sunat mahupun wajib. Contohnya, ada yang malas nak bangun sahur, tidak lagi pergi solat sunat terawih, dan bagaimana pula dengan Al-Quran mereka, sudah khatam ataupun belum? 

Rasulullah SAW pernah bersabda,:
  
 Rasulullah Saw menaiki mimbar untuk memberi khutbah. Kemudian, ketika Baginda melangkah pada anak tangga yang  pertama beliau mengucapkan, “Aamin”. Begitu juga  pada anak tangga yang kedua dan ketiga. Selesai sahaja solat, para sahabat bertanya, “Mengapa Rasulullah mengucapkan “Aamin”? Lalu Baginda menjawab, Ketika aku melangkah anak tangga yang pertama, Malaikat Jibril datang dan berkata padaku, “Kecewa dan rugilah apabila seseorang itu apabila namamu (Rasulullah) disebut dan dia tidak mengucapkan selawat keatasmu.” Lalu aku  mengucapkan “Aamin.” Kemudian, ketika di anak tangga kedua, malaikat berkata lagi, “Kecewa dan rugilah orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak masuk syurga.” Lalu aku mengucapkan “aamin”. Kemudian, di anak tangga ketiga pula, katanya lagi, “Kecewa dan rugilah orang yang berkesempatan hidup dan berada pada bulan Ramadhan tetapi tidak terampun dosa-dosanya.” Lalu aku mengucapkan “Aamin.”
 (HR. Ahmad)






                                              What will you do with the remaining 10? counting.....

Oleh itu, kita haruslah rasa bersyukur kepada Allah kerana diberikan peluang untuk hidup dan bertemu dengan bulan yang mulia ini, Ramadhan. Amat rugilah kita sekiranya tidak merebut peluang yang ada pada 10 ramadhan yang terakhir ini. Kejarlah keampunan Allah dan malam Lailatulqadr sementara masih ada kesempatan...


 





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...