Tips Menghafaz al-Quran



"Teknik menghafaz dan mengingati Al-Quran"


1.Hendaklah memilih waktu lapang yang sesuai jauh daripada kesibukan di mana ketika itu fikiran sedang tenang dan relax sebaiknya waktu pagi

2.Pilih sebuah mushaf yang khas untuk anda menghafaz dan membaca Al-Quran

3.Berlatih menghafal ayat-ayat yang mudah dahulu kemudian berpindah kepada menghafal surah panjang



4.Hendaklah bacaan sekata setiap hari


5.Di peringkat permulaan, banyakkan melihat kepada mushaf


6.Tidak semestinya perlu hadkan hafalan harian tetapi pastikan ia berterusan walaupun sedikit


7. Selepas mengulang 2-3 kali (minimum), dengarlah kaset daripada bacaan qari yang digemari atau dengarlah 
bacaan daripada rakan-rakan yang mahir Al-Quran


8. Baca dengan tartil dulu di peringkat awal supaya betul sebutan, kemudian secara hadar supaya dapat mewujudkan satu ikatan antara 
ayat


9.Buat setiap hari dengan cara yang sama


10.Jangan lupa ulang yang telah dihafal hari sebelumnya sebelum memulakan hafalan yang baru


11.Setiap hujung minggu ulang semua hafalan yang telah dihafal


12.Jadikan bacaan berterusan ketika solat
fardhu dan solat sunat



13.Berlatih menulis ayat Al-Quran






E-usrah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...