"COME ON! JANGANLAH MARAH..."

Marah merupakan sifat atau pun tabiat natural  yang dkurniakan Allah s.w.t kepada manusia. Kadang-kadang ada orang bila marah , dia akan bertindak di luar jangkaan. Perasaan marah ni juga akan mnyebabkan jiwa jadi tak tenteram.
Dalam Islam dikatakan bahawa, sebenarnya orang yang gagah perkasa bukanlah diukur dari segi kekuatan fizikal, tetapi orang yang paling gagah ialah orang yang yang dapat mengawal dirinya ketika marah. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bukanlah yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain,tetapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah."

Mencerminkan Akhlak
Sebenarnya marah boleh jadi sifat tercela dan boleh jadi sifat terpuji. Maksudnya??  Marah terpuji adalah marah apabila agamanya dikeji dan dihina. Sekiranya kita marah sebab peribadi kita disakiti, maka hendaklah kita tahan kemarahan tersebut. Inilah sifat terpuji yang harus dimiliki oleh orang yang mengaku dia beriman kepada Allah.
Amat keji sekali akhlak seseorang itu sekiranya apabila  seseorang itu menjadi marah ketika peribadinya disakiti,lalu ia bertindak menggila, tetapi sebaliknya  tidak marah apabila agama dihina dan dikeji.Nauzubillah!
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w.: "Berpesanlah kepadaku". Kemudian, jawab Rasulullah dan bersabda yang bermaksud: "Jangan marah".  Lalu lelaki tersebut tadi meminta perkara yang sama berulang kali, tetapi Rasulullah tetap menjawab: "Jangan marah".

Cepat-cepat ingat Allah
Apabila berada dalam keadan marah kerana disakiti oleh orang lain, maka segeralah mengungati Allah dengan menyedari keutamaan menahan marah sebagaiman firman Allah s.w.t dalam surah Ali 'Imran ayat 134 yang bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada (yakni mengerjakan amal-amal soleh untuk mendapatkan) keampunan daripada tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa, iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahan.

Wuduk penyejuk kemarahan
Syaitan memangnya akan berusaha menjadikan kita marah.Oleh itu, jika seseorang dapat mengawal marahnya bererti,dia telah berjaya melawan hasutan dan godaan syaitan yang bakal mengheretnya ke lembah kebinasaan dan penyesalan.
Abu Wa'il al-Qash, Abdullah bin Bujair al-Shan'ani rhm, berkata: "Kami masuk menemui Urwah bin Muhammad al-Sa'di. Ketika itu seorang lelaki sedang berbicara dengannya sehingga menyebabkan beliau marah. Lantas beliau bangun dan pergi berwuduk. Kemudian beliau berkata: "Ayahku menceritakan kepadaku daripada datukku Athiyyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu berpunca dripada syaitan.Syaitan pula dicipta daripada api.Sesungguhnya api hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu,apabila seseorang antara kamu naik marah, maka hendaklah dia berwuduk."" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Diam
Sekiranya kita sedang marah, sebaiknya kita diam. Kenapa?? Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad yang bermaksud: "Jika seseorang daripada kamu marah,maka hendaklah dia diam."
Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi daripada Abdullah bin Amru yang berkata: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ( yang bermaksud): "Sesiapa yang diam, maka ia akan selamat".
Sebenarnya diam dalam perkara ini ialah sebahagian daripada iman.

Duduk dan baring
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Jika salah seorang daripada kamu marah, sedangkan ia ketika itu dalam kedudukan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika marahnya dapat hilang dengan duduk (cukuplah ia duduk). Jika tidak, hendaklah ia berbaring".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...