KETIKA RASULULLAH S.A.W MENCINTAI SAHABATNYA


Kisah meninggalnya Abdullah Dzul Bijadain diceritakan oleh Abdullah bin Mas’ud.
Ia menceritakan bahawa ketika itu aku tertidur kerana hawa yang begitu dingin dan merasa takut akan kepekatan gelapnya malam.
Tiba-tiba aku mendengar suara orang yang menggali tanah.
Aku pun merasa hairan,
siapa yang menggali tanah di tengah malam dan dalam udara yang dingin begini?
Aku memandang tempat pembaringan Rasulullah Saw,
namun aku tidak melihat baginda.
Aku alihkan pandangan ke tempat pembaringan Umar,
namun aku pun tidak menemukannya.
Aku arahkan pandanganku ke tempat pembaringan Abu Bakar,
tapi aku juga tidak menemukannya.
Aku lalu keluar rumah dan menemukan Abu Bakar dan Umar sedang memegang obor.
Sementara itu, aku melihat Nabi Saw sedang menggali tanah.
Aku mendatangi beliau dan bertanya, ”Ya Rasulullah, apa yang sedang kamu lakukan?”

Rasulullah lalu mengangkat kepala beliau dan memandang ke arahku.
Aku melihat kedua mata beliau menitiskan air mata.

Beliau berkata, “Saudaramu, Dzul Bijadain telah meninggal.”

Aku (Abdullah bin Mas’ud) lalu memandang Abu Bakar dan Umar sambil berkata,
“Kalian biarkan Nabi Saw menggali tanah,
sementara kalian berdua hanya berdiri saja.”

Abu Bakar berkata,
“Rasulullah hanya ingin menggali liang kubur Dzul Bijadain sendirian.”

Rasulullah lalu menjulurkan tangan beliau kepada Abu Bakar dan Umar sambil berkata,
“Dekatkan (jenazah) saudara kalian kepadaku.”

Abu Bakar dan Umar lalu memberikan jenazah Dzul Bijadain kepada Nabi Saw.
Beliau bersabda,
“Bersikaplah lembut dengan saudaramu!
Bersikaplah lembut dengan saudaramu!
Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mencintainya.”



Nabi Saw lalu meletakkan jasad Dzul Bijadain di hadapan baginda.
Air mata beliau pun terjatuh mengenai kain kafan Abdullah Dzul Bijadain.
Beliau lalu meletakkan jenazah itu ke liang kuburnya kemudian menengadahkan kedua tangannya ke langit sambil berdoa,
“Ya Allah, aku bersaksi di hadapan-Mu bahawa malam ini aku redha dengan Dzul Bijadain, maka redhailah ia.”

Nama lengkapnya Abdullah bin Abdu Nahm bin ‘Afif bin Sahim bin ‘Adwy bin Tsa’labah bin Sa’ad al-Muzany.
Sebelum memeluk Islam, namanya Abdul ‘Uzza.
Kemudian Rasulullah s.a.w menggantikan namanya dengan nama Abdullah. .
Kenapa dia diberi gelaran Dzul Bijadain?
Dari ibn Ishaq dari Muhammad bin Ibrahim at-Taimy berkata,
 ”Abdullah (Dzul Bijadain) berasal dari Muzainah.
Tinggal di rumah bapa saudaranya.
Selama tinggal di sana dia sangat patuh dan baik dengannya.
Suatu hari bapa saudaranya mendengar bahawa dia memeluk Islam.
Maka bapa saudaranya marah sehingga semua barang yang diberikan supaya dikembalikan.
Bahkan pakaian yang menutupi badannya disuruh melepaskannya.
Beliau pun pulang menemui ibunya.
Melihat anaknya tidak memakai pakian,
ibunya terus mengoyak kain penutup tebal miliknya menjadi dua.
Sejak itulah beliau dipanggil Dzul Bijadain. .
Beliau dibesarkan di kabilahnya, Muzainah.
Kabilah ini berada di dekat gunung Warqon, dekat Madinah.
Orang tuanya miskin.
Hingga menjejak dewasa, beliau belum mendengar tentang ajaran Islam.
Maka setelah hijrahnya Rasulullah ke Madinah, beliau mula mengenali ajaran Islam.
Dalam banyak kesempatan beliau gunakan untuk menimba ilmu dari Rasulullah.
setelah yakin dan membuktikan kebenaran ajaran Islam, beliau berikrar memeluk Islam.
Hanya saja masih dirahsiakan terutama dari bapa saudaranya dan juga kabilahnya.
Pada waktu perang Tabuk,
beliau meminta Rasulullah s.a.w untuk mendoakan agar dirinya mati syahid.
Tapi Rasulullah s.a.w sebaliknya mendoakan semoga darahnya terjaga dari pedang orang-orang kafir.
“Demi ayah dan ibuku, bukan itu yang aku inginkan?” kata beliau.

Rasulullah menjawab,
“Jika kamu keluar rumah hendak berperang kemudian kamu sakit,
maka termasuk mati syahid.”
Tidak berapa lama, beliau terkena sakit demam hingga wafat.
Rasulullah sendiri yang menguburkan jenazahnya.

Abdullah dzul bijadain adalah antara sahabat yang berhijrah bersama nabi s.a.w ke Madinah dengan sehelai sepinggang,
beliau berkata kepada kaumnya di Makkah sebelum berangkat hijrah
'Kalau kamu ingin ambil harta-hartaku,
maka ambillah tetapi biarkan aku berhijrah bersama nabi s.a.w kerana aku ingin berpagi-pagi dengan nabi s.a.w dan aku ingin berpetang-petang dengan nabi s.a.w'.






Classic Berbisik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...