Wilayah yang telah melahirkan tokoh-tokoh pembebasan al Quds....


Kurdistan : 



Wilayah yang telah melahirkan tokoh-tokoh pembebasan al Quds....

1-Imaduddin Zinki :

Pemerintah Islam di Iraq, Syria dan Kurdistan ini telah mempelopori usaha pembebasan semula negara-negara Islam termasuk Palestin. Beliau adalah seorang panglima perang yang berpegang kuat dengan ajaran Islam yang telah menggesa umat Islam kepada kesatuan wilayah serta membangkitkan seruan jihad menentang tentera Salib.

Beliau dan tenteranya telah menentang tentera Salib di dalam beberapa siri peperangan dan berjaya menawan kota Ar-Roha (di Turki) dan sekitarnya. Imaduddin bergerak ke Palestin dan hampir membukanya tetapi beliau telah dibunuh oleh golongan pengkhianat.

2-Nuruddin Zinki :

Putera Imaduddin yang telah meneruskan perjuangan ayahnya, berjaya mengambil Damsyik dari musuhnya pada 549 H, diikuti kejayaannya menguasai Mesir, Yaman dan Hijaz di bawah pimpinan Panglimanya, Solahuddin al Ayyubi.

3-Solahuddin al-Ayyubi :

Solahuddin telah menyiapkan dirinya dengan ilmu, iman, jati-diri serta kemahiran perjuangan di masa mudanya sebelum mengambil alih tampuk pemerintahan. Beliau telah menyempurnakan perjuangan yang telah diasaskan oleh Imanuddin dan puteranya Nuruddin Zanki.

Bersama generasinya, beliau telah membuktikan bahawa umat Islam boleh menang walaupun ketika berhadapan dengan pihak musuh yang mempunyai kekuatan berlipat kali ganda, sekiranya mereka berjuang dengan menggunakan kaedah yang betul dan memenuhi syarat-syarat yang diperlukan.

Di zamannya generasi Solahuddin berjaya :-
1. Membebaskan 50 bandar sebelum membebaskan Palestin sepenuhnya
2. Mengharungi 74 peperangan dan memenanginya
3. Mengalahkan 22 kerajaan Eropah (Gabungan Salib)

Kalau generasi Solahuddin dulunya berasal dari Kurdistan, kenapa tidak generasi Solahuddin yang ke dua bakal muncul nanti dilahir dari bumi Malaysia ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...